Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 22 December 2011

POLITIK TERMATANG UNMO: ANTARA PEMILIK KONDO MEWAH YANG MEREMPAT, DUIT KERAJAAN DAN KEBIADAPAN

Demer ni juga pemilik kondo mewah. Replika kondo ni bukan umno yang buat

Kenapa Yong kata demer ni (juga dalam N3 lepas) pemilik sebenar kondo mewah? Jawapannya mudah je. Sebab mereka rakyat Malaysia. NFC guna dana dari kerajaan. Dana kerajaan tu duit rakyat Malaysia. Itu bukan duit umno. Matematik mudah ginipun pekeldai, perkasam, NGOk2, wanita termenung silak kain, puteri termenung, pemuda termenung, petua termenung tak faham2 lagi. 

Kalau duit untuk Adam Adli mengaji kat UPSI pun demer kata duit umno, tak heran kot satu masa nanti demer kata Adam Adli tu lahir kerana duit umno sebab umno yang buat klinik dan hospital untuk rawat ibu Adam Adli ketika mengandungnya. Umno yang bina jalan raya untuk bapa Adam Adli hantar budak tu pada hari pertama persekolahannya (ini Yong teka je). Adam Adli kena terima kasih pada umno bukan gigit balik tangan yang beri macam2 kemudahan kepadanya.
Jangan komer tak tau. Jalan yang cantik dekat rumah PM ni umno yang buat.
Sebab demer fikior duit rakyat tu duit demer, lalu demer guna je duit tu untuk beli kondo mewah 1 Menerong, tanah lot kat Putrajaya, kondo mewah di Singapura, melancong atas nama cari business dan sebagainya.

Jalan berlubang dan longkang terbuka di kawasan rumah rakyat ini pun umno yang buat
Tak mengapa jalan berlubang dan longkang tercabut tutupnya. Bukannya ada merc hebat nak guna jalan ni. Cuma motor kapcai je. Takpe kalau demer jatuh motor. Demer cuma pemilih je, bukan pemimpin. Itukah dalam kepala otak pencacai termatang umno?

Cuba teka, siapa yang buat banner nih? Umno tak mengaku.
Umno memang double standard, dulu, kini dan selamanya. Asal bukan umno yang buat dikira biadap dan kurang ajar. Tidakkah biadap membuat kain rentang menghina keputusan istana Terengganu? Tidakkah biadap mempertahankan undang2 mengurung rakyat dalam penjara tanpa bicara yang menyebabkan anak membesar tanpa bapa dan isi rumah kehilangan sumber pendapatan? Tidakkah biadap mengaibkan sesama Islam tanpa batasan? Tidakkah biadap apabila hukum hudud dipersenda. Banyak lagi sifat2 kebiadapan demer. Terlalu banyak sehingga tidak tersenarai. Jadi, jangan menangis kalau benar Adam Adli biadap. Siapakah yang mengajar kebiadapan itu? Bukankah umno?

Pernahkah kita membaca atau mendengar mana2 pemimpin negara maju cakap macam pemimpin umno? Pernah dengar pemimpin negara maju dan blogger demer cakap rakyat kena ucap terima kasih kerana telah jadi kerajaan? Inilah tahap termatang umno. Yang pilih demer tu bukankah rakyat? Jadi demer yang patut ucap terima kasih pada rakyat, kembalikan duit rakyat dengan membuat projek yang menfaatkan rakyat, bukan agih2kan untuk isi perut demer sendiri.

Dalam politik termatang umno, mahasiswa akan terus diperbodohkan, pemimpin mahasiswa seperti Adam Adli akan dikira biadap dan pemilik sebenar kondo mewah akan terus merempat.

Demer kata politik demer matang. Ha...ha...ha....

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.