Kelmarin Yong bertandang ke rumah kawan. Dia ni seorang usahawan dan scientist. Dia develop product dan memasarkannya. Jadi biasalah soalan yang timbul tentu tentang bagaimana businessnya? Dia mengeluh kerana letih. Dia kena siapkan rumah, masak, basuh pakaian dan sebagainya. Yong tengok kolam ikannya pun keruh. Katanya lagi dia tak sempat nak update blognya dan tak dapat nak cipta bahan baru kerana takde pembantu rumah. Dia tahu industri yang diceburinya amat competitive. Jika dia gagal menawarkan product baru dia mungkin gulung tikar.
Yong tanya kemana pergi pembantu rumahnya? Dia kata pembantunya warga indon dah lari. Yong heran jugak kenapa demer lari sedangkan kawan Yong ni bukan ada anak kecik atau orang tua sakit yang perlu perhatian lebih.
Katanya pembantunya lari untuk kerja kilang.
Bagaimana pembantu rumah ini boleh kerja kilang sedangkan paspotnya kawan Yong masih pegang?
Adakah kilang boleh ambil pekerja tanpa paspot?
Adakah dia menyamar jadi PATI dan buat pendaftaran baru?
Adakah dia bakal pengundi pada PRU13?
Siapa boleh jawab persoalan di atas?
Kilang Haram. Pekerjanya halalkah? Gambar ciluk dari Sharpshooter |
Biar usahawan Bumiputera mati kerana kegiatan ini tiada penamatnya, betul atau salah?
Dasar Ekonomi Baru telah gagal mencapai matlamatnya, betul atau salah?
Selepas DEB Bumiputera harus kekal bodoh supaya terus miskin, betul atau salah?
Rakyat patut menderita kerana sistem yang bobrok dan rasuah berleluasa, betul atau salah?
Siapa sebenarnya pengkhianat negara?
Link berita dan CPI Index
Gambar dan cerita tukar tiub |
Orang kaya ditolong buat business besar-besar TAPI GAGAL. Rakyat pula terus menerus dibelenggu masalah yang perlu kerajaan selesaikan. MELAYU JANGAN MUDAH LUPA!
Usahawan GLC? |
Rakyat dah penat bayor cukai untuk demer bagi duit kat GLC yang demer buat ikut suka demer. Tapi demer ni masih nak kuasai GLC jugak. Pelik betoi permintaan ini. Baca kat sini jika nak tahu perangai busuk demer.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.