Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 11 December 2011

YAHOO! GAJI NAIK! KAKITANGAN AWAM KONFIM KEMBALI KE BN...

Ini citer kenalan Yong. Katanya kalau kakitangan awam tak kembali pada BN saje le. Maknanya kot kakitangan awam masih nak duduk belah sana pagar, maka kakitangan awam tu tak berterima kasih pada BN! Yong biorkan je dia merapu. Yong pun tak rapat dengan dia. 

Apesal nak terima kasih? Bukan duit BN. Duit pembayar cukai jugak yang bayar gaji kakitangan awam. Bagi Yong, buat macam mana pun skim perkhidmatan awam tetap tak adil. Kaki mengampu akan naik pangkat. Profesor kena jadi kangkung. Yang boleh buat kerja dan rajin akan digembeling bagai nak putus urat saraf. Itulah dia sektor awam di Malaysia. Jadi ape nak heran?

Yong taknak jadi lembu. 

2 comments:

  1. se-hari lepas umum gaji naik, umum plak 29000 jawatan dimansuh. tu belum kira jawatan baru yg dibekukan sehingga 2013. yahoooooodi

    ReplyDelete
  2. Yong kesian graduan akan datang. Kesian ibubapa yang harap anak dapat keroje dan bantu dmer di hari tua. Alahai!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.