Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 10 January 2012

ANWAR BEBAS, TAPI RAKYAT MASIH MENANGGUNG BIAWAK HIDUP!

Anwar telah dibebaskan. Walaupun kita belum tahu sama ada pendakwaraya akan buat rayuan atau tidak kita tetap bersyukur di atas keputusan tersebut. Kita berdoa mudah2an ia tidak berubah.

Tapi biawak hidup dari Kulim lain ceritanya. Berbelit2 lidah bercabangnya! Dulu dia kata Anwar Ibrahim silap sebab tak bela diri. Sudah ada DNA bla..bla..pasti didapati salah. Sekarang dia kata, keputusan mahkamah menunjukkan ia pasti bukan konspirasi! Padahal satu dunia tahu tuduhan ini bermotifkan politik. Sampai DNA pun diragui oleh hakim. Isy! tak sanggup nak catat kat sini apa biawak hidup ni cakap. Siap sokong Hassan Ali lagi. Komer nak tahu, buka le sendiri blog sasau dia. Yong tak halal satu sen pun elaun dia yang datang dari duit cukai pendapatan Yong!

Kalau dia blogger pencacai, Yong tak ambik pot. Sebab Yong tahu tahap akademik demer. Tapi ini seorang YB yang elaunnya dibayar dari hasil titik peluh rakyat! Bandingkan susunan ayat yang ditulis si biawak hidup ni dengan tulisan YB Khalid Samad! Siapakah yang lebih beradab?

Datuk nenek kita dulu amat bijak berkias bahasa. Tepat sekali peribahasa "menanggung biawak hidup" ini dicipta sebagai ingatan kepada kita tentang risikonya mengharap sokong yang rebah dan menanggung kehidupan makhluk yang tidak berguna. Ingat! orang Islam tak boleh makan biawak!

Masih ada beberapa ekor lagi biawak hidup yang ditanggung rakyat marhein, termasuk yang datang dari Kelantan, Pulau Pinang dan Perak. Kesian rakyat marhein yang telah berbaris berjam2 kerana mengundi biawak2 ni dahulu, dengan harapan untuk menjana perubahan. Ya, memang nampak perubahan. Bukan rakyat yang berubah, tapi YB! Demer yang berdarah sejuk ni langsung tidak mempertimbangkan keikhlasan hati rakyat marhein yang mengundi demer demi menjatuhkan rejim yang zalim.

Moga2 keputusan mahkamah ini akan terus membakar semangat rakyat marhein untuk berusaha gigih menumbangkan rejim zalim dan balaci2nya dan membuang biawak hidup yang kita tanggung sekarang. Ayuh! Bebaskan diri dari kongkongan zionis dan pencinta apco!

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.