Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 12 January 2012

APER KABOR LEMBU KAK JAT?

Masihkah kau ingat lagi?
Segala sumpah dan janji
Keras lagi lidah dari gigi
Kononya rakyat marhein didahului.

Masihkah kau ingat lagi?
Kepada rakyat kau kata berbakti
Kini semuanya kau mungkiri.
Sampai bila kau nak tipu kami?

Masihkah kau ingat lagi?
Syarikat NFC milik kau punya laki.
Kemana fail akan dibawa lari?
Kemana kau nak sembunyi diri?

Masihkah kau ingat lagi?
Anak2 rakyat minum susu basi
Ibubapa kerja tanpa henti
Sedangkan kau hidup mewah serba serbi.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.