Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 24 October 2015

KALAU YANG ADA PHD PUN TULIS IKUT SEDAP MULUT, APA KITA NAK HARAP KEPADA MACAINYA?

Sungguh. Yong tak percaya status ini ditulis oleh seorang yang ada PhD:


Puncanya MP Pembangkang mengangkat placard yang bertulis "Mana 2.6 bilion" selepas pembentangan Belanjawan 2016 oleh Menteri Kewangan dan juga PM 1Malaysia:

BEBERAPA MP PAS TIDAK BERSOLIDARITI DENGAN PEMBANGKANG

Mungkin dia lupa, bos tertingginya juga pernah mengangkat placard:


Ok. Kedua individu itu mengangkat placard bukan di Parlimen. Tetapi bagaimana yang ini?:

SIAPA MAMAT YANG TERSENGIH TU?

Mereka yang mengangkat placard di luar negara ini semua belajar dari Parlimen Kanak-Kanak Pakcik Jamal agaknya:







Meh, Yong kongsi sedikit kaedah pengajaran dan pembelajaran (teaching and learning ) yang paling berkesan. Kaedah itu bukannya berceramah kepada ribuan manusia - kemudian lepas habis ceramah masing-masing buat tafsiran sendiri apa isi cermah itu.

Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, ada kaedah yang bernama "Integrative Learning." Kaedah ini banyak menggunakan "game" seperti "placard" yang melibatkan penyertaan aktif ahli yang hadir. Kaedah ini boleh dipakai dalam syarahan atau pembentangan ide baru/penyelesaian issue. Kaedah ini memberi ruang kepada yang hadir untuk menyatakan pandangan mereka sama ada secara serentak atau individu.

Itulah yang dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen tersebut.

Ternyata kaedah ini amat berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pendengar/penonton dan penceramah/pembentang.

Maknanya, ahli bukan "passive listeners" yang mungkin tertidur semasa pembentangan, tetapi kumpulan yang "actively-involved" dan peduli dalam perbincangan.

Pernahkah Zuhdi Marsuki peduli tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran, sebagai seorang pensyarah yang semestinya seorang pendidik? Menghina MP yang aktif tidak akan menaikkan martabatnya sebagai pendidik.

SYABBAS kepada MP pembangkang yang aktif!


14 comments:

  1. bodohnya pengarah penyelidikan pas pusat.....klu camni bungkus pas di bawah geng UG.....

    ReplyDelete
  2. Kedangkalan serta bengapnya IQ dan pemikiran doktor ni menyebabkan Den tertanya2 bagaimanakah mamat ni boleh dilantik sebagai pengarah PPP (bukan parti kaveas)? Bukankah pusat penyelidikan politik memerlukan seseorang yang berpengetahuan luas dan mendalam tentang sistem dan amalan demokrasi dunia? Bagaimana seorang pengarah PPP tak dak ketajaman fikiran dan saling tak tumpah macam berkongsi otak dengan Ahmad maslan dan Ibrahim Ali? Sama2 dok main gasing masa kecik ke atau sama2 dah gelap mata hati dan dihilangkan dari dirinya cahaya ilmu?

    Satu lagi yang Den masih "curious", apasal doktor ni masih boleh duduk dengan selesa kat UM tanpa di keroyok dan dilanyak oleh samseng2 ilmiah UMNO? Sedangkan Muhyiddin tu pun dah kena tendang, masakan seorang pimpinan tertinggi PAS yang merupakan "musuh" UMNO boleh begitu selesa dengan jawatannya di UM? Hairan dan ajaib apabila penjilat2 UMNO di UM langsung tidak mencuit sehelai rambut atau bulu roma Doktor ni!

    Sedangkan guru yang menjadi calon PAS dalam PRU yang lepas pun kena zalim inikan pula pemimpin "beso" dalam PAS? Musang berbulu ayam? Bulan bersilang keris? Songkok berlilit serban? Islam tapi Melayu diutamakan? Babi jijik tapi "derma" tu rezeki? Putus hubungan tapi rakan? Ulamak tapi gedebe? Zuhud tapi ego? Pembangkang tapi mesra UMNO? Ahli Parlimen tapi ponteng sidang? Title Phd tapi otak udang? PONING DEN!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Harumanis pun ada yg angkat .Kelape mude,kelape tua tah main nyurok2 kuk ?

    ReplyDelete
  4. gua ckp sama itu zuhdi,memang lu pandai sampai boleh ada phd,tapi lu bukan org cerdik,org cerdik dgn org pandai tak sama,sebab tu kadang2 lu ada dengar tak,kadang2 ada profesor2 kena tipu dgn org cerdik,doktor,lawyer,cikgu2 dan mcm2 golongan kena tipu dgn geng2 putar alam shah,y g putar alam shah tu bukan nya org2 yg ada phd tapi dia org tu cerdik sebab tu habis di tipunya yg cerdik2 termasuk le yg ada phd mcm lu zuhdi woi.sebab tu bila masa lu merapu mcm org2 sasau dan nyanyok gua tak heran pun dgn lu punya phd.......pada gua klu tak pandai itu perkara biasa tapiiiii....jgn le jadi org yg tak cerdik...lu paham tak zuhdi....lu ni betul2 macai pas yg otak dah masuk angin....otak dah lemau

    ReplyDelete
  5. Salam Yong, semua...

    Perihal si Zuhdi ni, dah lame teman terpikio nak tulis. Teman sabo je. Tapi dalam hati, usah ceghite le. Gegham.. nyampoh.. memacam le.

    Teman bukan ape, musykil tak tau nak khabo pase si Zuhdi ni. Mamat ni kire aktif jugak le dalam parti PAS. Berjawatan! Pengarah strategi... bukan ke? Tapi kenape tak ade tindakan kerajaan ataih si Zuhdi ni?

    Selalunye le kan, kalau sesiape yang melawan arus dengan parti kerajaan... jawabnye Saboh Serawak le di hanto dek deme. Paling idak pon kawasan hulu, pedalaman. Tapi lain ceghite pulak si Zuhdi ni. Orang kanan parti PAS, tapi kghoje kat UM! Ape istimewenye si Zuhdi ni?

    Hehe.. Itu pase le, teman dah lame sangsi dengan mamat ni. Ni spesis Hassan Ali, Nasharuddin Mat Ise ni!!.. Jadi, teman tak heran le nape PAS keluo Pakatan Rakyat.. tak ngangkat plycard dan memacam lagi ceghite songsang. Jarum yang si Zuhdi cucok selame ni, dah banyok membuohkan hasil!

    ReplyDelete
  6. Kena sebijik dr. Zuhdi..buat statement sering x buat homework dulu, kalau dah x ada pengalaman dan dah x buat study ttg berpalimen jgn la dok nak komen...buat malu title dr. je., suka sgt tenguk cerita KANAK2..ni jadi nya. Nak dengar cerita DOREMON pulak..

    ReplyDelete
  7. Bagaimana Zuhdi boleh jadi pensyarah? Betul cerdik ke jenis cukup2 makan je ? Dan paling teroxxx..bagaimana PAS boleh lantik dia sebagai pengarah penyelidikan..jika isu penggunaan placard di parlimen pun dia tak tahu pernah di gunakan oleh ahli parlimen PAS sendiri...apatah lagi MP di luar negara? Inilah dia.. bila hasad dengki terhadap AMANAH dan hati perut kotor lebih banyak menguasai akal dari budi @ intelektual!!!

    ReplyDelete
  8. makin lama makin terserlah ketidakcerdikan mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam ini. PAS merupakan sebuah parti yang baik. Namun dek kerana tindak tanduk sebahagian besar ahli dan pendokongnya yang semakin keanak-anakkan menjadikan PAS sudah tidak releven lagi dalam dunia baru ini. Rakyat perlu kepada SATU PERUBAHAN

    ReplyDelete
  9. Saya suka Dr Zuhdi ni kerana strategi beliau yg byk menyerang! Malah sekarang pun kita boleh lihat hasilnya...

    ReplyDelete
  10. Zuhdi inilah anasir yang menjahanamkan PAS! Menjadikan PAS berpecah dan tertubuhnya parti AMANAH. Betul, inilah parasit yg seangkatan dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa, yang kununnya hero nak menyatukan Melayu PAS dengan UMNO!

    Usaha Zuhdi diperkenan, lantaran itulah Zuhdi mendapat keistimewaan berkhidmat di Unieversiti Malaya Kuala Lumpur! Zuhdi tidak dihantar jauh ke Malaysia Timur sebagaimana individu lain yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

    Untuk sekalian bloger dan para pejuang reformasi, halakan sasaran serangan ke arah Zuhdi mulai sekarang demi untuk kemenangan PAKATAN

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni ramai yg memilih harum manis kerana harum dan manisnya.Kelapa muda dah kurang orang memakanya kerana walau pun kulit luarnya licin tapi didalamnya berserabut dan terpaksa diketuk dahulu sebelum boleh merasa isinya.

    ReplyDelete
  12. as salam Wan Rosli.

    Gua tak setuju kita layan orang.... TAPI kalau kamu tu anggap kamu tetamu rumah orang sila buat macam macam tetamu, ok !!

    Kalau kamu lebih-lebih, tu melambangkan kerendahan akhlak & kamu ada sakit something like mental impairment or schizophrenia !! Kalau tu macam politics is no good to your health....pegi makan ubat yer !!

    Kamu pun tak suka aku datang rumah kamu kalau perangai macam orang gila @ menyakitkan hati, kan kan ??!

    WAKE UP & SMELL THE COFFEE !!!

    ReplyDelete
  13. rugi mak bapak klu dapat anak mcm wan rosli

    ReplyDelete
  14. Sembang2 nasi lemak dan kopi o... itu je taraf yg selayaknya...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.