Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 15 January 2012

REMPIT HUJUNG MINGGU: SIAPA BODOH?

Pada satu hari Pak Polis menahan seorang Mat Rempit. Apabila ditahan terjadilah debat kecil.

MR = Mat Rempit
PP = Pak Polis

MR: Apa salah saya encik?
PP:  Awak naik motorsikal 3 orang. Sebab tu saya tahan.
MR: Apa? Naik motorsikal 3 orang tak boleh ke?
PP: Tak boleh. Ia salah!
MR: Betul tak boleh?
PP: Betul. Tak boleh.
MR: Betul, naik motorsikal 3 orang tak boleh?
PP: Eh, engko ni pekak ke bodoh? Betul. Naik motorsikal 3 orang tak boleh. Salah!
MR: Takpe. Encik kata saya bodoh ye? (Dengan marah Mat Rempit buat u-turn, tak sempat pak polis nak bagi surat saman. Lima minit kemudian Mat Rempit kembali dan terus ditahan polis yang sama)
MR: Apa pasal tahan saya lagi? Apa pulak salah saya kali ni?
PP: Awak naik motorsikal 4 orang.
MR: Tadi encik kata naik motorsikal 3 orang salah, sekarang encik kata naik motorsikal 4 orang salah. Encik cakap betul-betul. 3 orang salah atau 4 orang salah?
PP: (Dalam hati) Aku bodoh ke, si mamat ni yang bodoh?
Gambar hiasan je
Lawak ni sorang anak saudara Yong yang nakal bagi. Yong adaptasi je. Entah di mana dia dapat tak tahu.

Geng Hasan Ali dalam PAS yang masih nak tegakkan benang basah idola demer yang sasau tu jangan ikut logik Mat Rempit nih.

2 comments:

  1. yg ni logik ka tak? "sekumpulan mat rempit di tahan selepas merempit bersama2 polis yg menyamar. polis tersebut telah menunggang motor di depan mat rempit tersebut beberapa kali sehingga kumpulan mat rempit tersebut merasa tercabar lalu berlumba bersama - bernama"
    kalu di amerika, kes ni kena buang sbb provokasi polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmie, Hahaha. Hakim kata sah merempit sebab ada saksi!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.