Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 16 February 2012

AWAS! MEE PEMBUNUH!


Memang nampak sedap bila dah siap digoreng. Gecor ayor lior, kata orang Perak.

Mee dibuat dari adunan tepung gandum dan telur? SALAH.

Mee dibuat dari adunan tepung gandum dan telur (mungkin tambah tepung ubi) jika miker uli sendiri di rumah. Mee yang dijual di pasar ada ingredien tambahan yang kita tak boleh makan.

Salah satu tugas adik Yong (seperti dalam N3 pisang goreng pembunuh) ialah turut serta dalam pemeriksaan premis kilang membuat mee. Apakah yang sering ditemui dalam pemeriksaan mengejut itu? Pasukan pemeriksa sering menemui asid boric, di dalam premis. menurut kajian, mee di pasaran mengandungi antara 6% hingga 33% asid boric. Kadar asid boric yang tinggi boleh menyebabkan muntah2, kerosakan buah pinggang dan kematian.

Asid boric ada dalam bentuk serbuk dan cecair, biasanya digunakan sebagai racun serangga (pesticide) dan pembunuh kuman (antiseptic). Ada sesiapa nak minum Ridsect dan Dettol?

Mengikut Akta makanan, pengeluar boleh dikenakan hukuman maksima denda sehingga RM20,000 dan penjara 2 tahun jika didapati bersalah.

Walaupun pengilang telah berkali2 diberi amaran, mereka sangat ketegar dan terus melakukan kesalahan. Alasan mereka ialah, asid boric dapat mengekalkan rupa mee supaya kelihatan segar!

Carian di laman web Jakim mendapati hanya 9 produk mee kuning yang mendapat sijil Halal Jakim, seperti berikut:

Kot tak nampak, miker pergi le sendiri ke website Jakim di (sini). Siasatan Yong di pasarraya mendapati kebanyakan mee yang dijual memiliki sijil Jakim palsu, tiada sijil halal Jakim atau sijil sudah luput tarikh.

Sekarang komer dah tahu. Komer carile mee dari syarikat di atas jer demi keselamatan keluarga. Persatuan pengguna Pulau Pinang pun dah letih bagi tahu Kerajaan supaya lebih peka! Menurut CAP, pada tahun 1988, asid boric menjadi punca kematian 13 kanak2 dan orang dewasa di Perak.  Pihak CAP telah menjalankan kajian selama 25 tahun, tetapi masih tiada perubahan. Salah siapa? Baca di sini.

Isu dah lama, tapi kita sering lupa. Jadi, Yong jentik minda komer bagi ingat!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.