Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 10 February 2012

KALAU ORANG BIASA DAH LAMA KO.

Orang2 ni dapat upahkah untuk mendengar ceramah seorang warga emas?
Kelmarin Yong makan tengah hari di warong dengan 2 orang kawan. Seorang Dr (PhD) bekas pegawai PTD. Seorang anak muda. Sambil makan kami sembang2 dari cerita SBPA sampai ke fidlot, profesor kena tarik pangkat dan tarikh bila PRU13. 

"Banyak isu yang belum selesai" kata kawan Yong yang muda, "mana boleh buat PRU13?"

"Semuanya bohong." Kata Dr bekas pegawai PTD. 

"Apa yang bohong?" Tanya Yong.

"Semuanya! SBPA, fidlot, ekonomi pulih, liwat." Jawabnya dengan nada menyampah.

Yong memang berhati2 bercakap dengan pegawai mahupun bekas pegawai PTD. Demer ni rata2 penyokong UMNO totok. Jadi Yong agak terkejut dengan kenyataan mamat nih. 

"Kalau orang biasa dah lama tumbang." Katanya lagi , merujuk kepada penceramah warga emas yang sakit belakang (dalam gambar) yang dikatakan meliwat budak muda usia dua puluhan yang tinggi lampai.

"Dah lama mati..." Katanya lagi.

Kawan yang muda angguk setuju.

"Dia ni liat." Tambahnya dalam loghat Perak.

Bila diimbas kembali, memang benar kata2 bekas pegawai PTD nih. Apa yang DSAI belum alami? Kena ISA, sudah. Kena masuk penjara, sudah. Kena belasah dalam tahanan, sudah. Sampel DNA dicuri, sudah. Diaibkan satu keluarga, sudah. Cubaan bunuh, sudah.

Terfikir Yong, sanggup Hassan Jati menerima seperti yang telah dialami DSAI? Sanggupkah mana2 pemimpin UMNO menerima maki hamun, fitnah dan deraan emosi, mental dan fisikal seperti DSAI?

Yong bukan ahli PKR. Bukan ahli ABIM. Jadi Yong tiada hubungan dengan puak2 sama ada masih jadi pengampu DSAI atau sudah menyeberang ke UMNO. Tapi setelah bersembang dengan bekas pegawai PTD ni, rasa respek Yong pada Ketua Umum PKR ni naik setakuk. Pada saat ini Yong rasa beliau paling layak jadi PM jika PR menang PRU13. Tapi jika PR pun jadi hampeh, Yong tak akan biarkannya jadi klon BN.

Lupakan Hassan jati.

LAWAN TETAP LAWAN

2 comments:

  1. Salam Yong;

    Asalkan Bukan Umno, sudah OK pada saya.
    Perjuangan saya tidak menyokong mana2 pemimpin secara mutlak, kerana mereka adalah ahli/orang politik.

    Bagi saya Parti sekadar wadah/saluran untuk membentuk kerajaan.

    Buat masa ini PR satu-satunya jalan untuk mengantikan BN yang telah lebih 50 tahun memerintah.

    Ikut sunnah Nabi SAW, Hijrah... Hijrah... Hijrah..., jika ianya sama atau klon BN... seperti yang Yong katakan... Insyallah... saya akan hijrah lagi... sehingga ketemui kebaikkan yang sebenar buat rakyat.

    Hassan Jati...??? Bolayan jelah dengan malaun tuuuu... lepas PRU-13 dia dah boleh RIP... hahahaha...

    (dah lama tak berceloteh dengan Yong... nah ambik sekali komen panjang lebor... hahaha... Yong sihat kannn....???)

    ReplyDelete
  2. Besi waja yang dah disepuh karatnya!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.