Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 9 February 2012

SPR SANGAT CANGGIH, PEMERHATI ASING TAK FAHAM2 JUGAK

Semua pemerhati asing bangang. Pilihanraya di Malaysia sangat tinggi mutunya. Inikah mesej yang cuba disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR? Kalau demikian mesejnya, ia adalah kata2 yang amat lucu! Citernya ada kat sini
Tulisan kecik sangat? takpe, di bawah ni Yong besarkan tulisannya. Komer baca le dengan teliti tanpa prejudis.

Rabu Februari 8, 2012
SPR Ingatkan Pembangkang Tidak Ghairah Tarik Pemerhati Asing
KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.
Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.
"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini. Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, Rabu.
Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.
"Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya.
Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.
"Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia," katanya.
Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU Ke-13 akan datang.
Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. BERNAMA

Tolong terangkan sikit apa makna budaya berpolitik di Malaysia tu? Adakah termasuk perkara2 berikut?
1. Walapun Parlimen telah dibubarkan, menteri2 Malaysia masih pakai title demer dan guna kemudahan awam untuk kempen.
2. Calon2 BN menggunakan media milik kerajaan untuk kempen. Calon PR tak boleh.
3. Janji2 projek akan dilancarkan oleh calon2 BN. Ia janji jer, bukan rasuah. Hahaha.
4. Tetiba ader ramai pengundi (sampai beratus2) tinggal dalam sebuah rumah.
5. Ceramah PR akan dikelilingi polis demi keselamatan negara. Hahaha
6. Ada penceramah pro PR akan dihalang dari memasuki kawasan tertentu. Ini pun perkara biasa je.
7. Ada duit dalam sampul? Takpe. Duit tu buat tambang pergi mengundi. Biasa je.

Kot ada kejadian2 lain?...komer fikior sendiri le...

PEMERHATI ASING TU DATANG DARI NEGARA YANG PILIHANRAYA DEMER TELUS. SEBAB TU SUSAH DEMER NAK FAHAM BUDAYA BERPOLITIK DI MALAYSIA. HAHAHA...

2 comments:

  1. Salam Yong;

    Yang ini izinkan saya kopi O cow...cow... hahaha...

    Malas nak menaip, otak dah tepu dengan "Budaya Politik Malaysia"... muakakakakaaaaa....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.