Cerita ni takde kaitan dengan perbuatan seorang pemimpin Islam yang suka sangat pergi Batu Caves. Biorle Mufti yang tegur dia. Mufti tu tentu le tinggi ilmu agamanya. Yong ni aper sangat le.Tapi kot pasei social psychology, saperpun kat 1Malaysia termasuk Hassan Jati takleh temberang kat Yong.
Berbalik pada citer Batu Caves ni, rakan karib citer pengalamannya sendiri. So, ini kisah benor ler. Si rakan karib ni kena sihir dari seberang. Dipendekkan citer, dah penat jumpa doktor si rakan pun berubat cara batin. Tak salah Yong dia pergi ke Darul Syifa. Gedebak gedebuk (Yong tak peronah pergi Darul Syifa) di hujung perubatan, ustaz perintahkan jin yang mengacau tu kuar. Oleh kerana dah kalah, jin tu sanggup kuar tapi mahu dihantar ke tempat tertentu. Lebih kurang begini interaksi ustaz dan jin tersebut:
JIN: Aku tak mahu balik sana. Taknak!
USTAZ: Apesal tak mahu balik?
JIN: Kat sana ader (nama sorang wanita disebut). Aku takut dia. Heeehee (gaya seram).
USTAZ: Kalau gitu aku antor engko ke Batu Caves ndak? (maksudnya gua Batu Caves).
JIN: (menjerit2) Tak mau! tak mau!
USTAZ: Apesal pulak?
JIN: Kat sana lagi bahaya. Demer besor2. Nanti dihempapnyer aku.
USTAZ: Kalu gitu engko pergi Pulau Besor je la.
JIN: Setuju.
PULAU BESOR |
Jin tu bukan asal dari Perak ye. Loghatnyer Perak sebab rakan karib Yong orang Perak yang pekat loghatnya. Kat mana Pulau Besar tu? Komer google le sendiri. Banyak benda2 misteri kat sana. Yong tak nak letak gambor Batu Caves kat sini sebab kata jin, kat sana ade yang lebih besor dari jin yang merasuk rakan Yong. Itu kata jin yang kita tahu memang pembohong. Bukan nak menghina mana2 agama.
Alhamdulillah. Rakan Yong dah sihat.
Saper agaknya yang dikatakan oleh jin "besor2" dan boleh menghempap tu yek? Kot komer nak merasa kena "hempap" pergi le sana.
Salam Yong,
ReplyDeleteJin ni udah ler suke nyakat, kaki pembohong gak yek?
Sebab tu toksah percaya 100% pada bomoh, lebih2 lagi bomoh kafir yang guna jin.
ReplyDelete