Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 4 February 2012

NEGARA REPUBLIK: HASSAN JATI HINA RAJA DAN ULAMA, GAGAL MATEMATIK DAN BODOH UNDANG-UNDANG?

Rajah Otak

SUDAH LAMA GEROMBOLAN MENGHASUT MAKCIK DAN PAKCIK KAT KAMPUNG. DEMER KATA JIKA PR MENANG SINGAPURA AKAN BERCANTUM DENGAN MALAYSIA. PERDANA MENTERI SINGAPURA AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Cerita ini Yong dengar dari seorang ahli UMNO jati masa balik kampung, sebelum Hassan Jati KENA PECAT dan meracau di Bangi. Ini memang lagu UMNO. Sah, lidah Hassan Ali sudah jadi lidah UMNO

Zairil Khir Johari memberi respons pada lidah UMNO ini:

Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali (gambar kanan) telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Mengapa BN takut dengan Singapura? Sebab penduduk Singapura seramai 5 juta, majoriti berbangsa Cina. Penduduk Malaysia pula 28 juta. Majoritinya Melayu dan Bumiputera yang miskin, terima kasih kepada BN yang memerintah negara selama 54 tahun dan menghakis rizab Melayu (Baca di sini dan di sini untuk rencana berkaitan).

Ahli parlimen Singapura seramai 90 orang. Hanya ada beberapa kerat orang Melayu. PAP menang 81 kerusi.

Apa yang Hassan Ali dan gerombolan tidak beritahu ialah, Singapura mengamalkan sistem Unicameral (1 dewan) yang mengandungi 27 konstituensi.

Yong perturunkan 2 hujah yang menunjukkan Hassan Jati menghina Raja Melayu dan ulama, gagal matematik dan bodoh undang-undang.

HUJAH 1

Malaysia memiliki 222 kerusi parlemen. Majoriti mudah bagi menbentuk kerajaan ialah 112. Kedudukan dua pertiga ialah 148 kerusi.

Berdasarkan pilihan raya umum ke-12, prestasi PR adalah seperti berikut:

PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen, menang 23.
DAP bertanding di 47 kerusi Parlimen, menang 28.
PKR bertanding di 97 kerusi Parlimen, menang 31.

Hassan Ali dan gerombolan juga tidak menjelaskan kemasukan Singapura akan menyebabkan perubahan sempadan. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan perubahan sempadan memerlukan persetujuan 2/3 ahli parlimen dan kelulusan Majlis Raja-Raja.

Dari mana DAP boleh mendapat 2/3 ahli Parlimen sedangkan ia hanya bertanding 47 kerusi? Tidak mungkin dari parti cina yang lain kerana jika DAP menang 47 kerusi, maknanya parti MCA dan Gerakan = kosong (0). Sudah tentu DAP meminta bantuan rakan sekutunya PAS dan DAP. Ini bermakna gerombolan telah mengandaikan PR mendapat 2/3 kerusi. Ikut kata orang Cina, gerombolan telah menyumpah partinyer sendiri! Ingat! kata2 itu satu doa. Jika ini berlaku maknanya PAS dan PKR telah mendapat 148-47 = 101. Hebat betoi PR ni. Bengong betoi gerombolan ini.

HUJAH 2

Jika Singapura bercantum dengan Malaysia, maknanya kerusi parlimen sudah menjadi 222+27 = 249. Majoriti mudah yang diperlukan menjadi 125 kerusi. Matematik simple ini budah sekolah rendah pun pandai.

Kalau DAP menang semua kerusi pun dia tak mungkin dapat kuasai parlimen tanpa PAS dan PKR. Kalau bergabung dengan PAP yang ada 27 kerusi + 47 = 74, pun masih tak cukup.

DAP dan PAP perlu 125 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Ini bermakna mereka perlu 125-74 = 51 kerusi. Di mana mereka nak cekau kelebihan itu? 

Ingat! Jika DAP menang 47 kerusi, maknanya parti Cina MCA dah mampus.

Sistem unicameral ini berbeza dengan sistem dwidewan yang diamalkan di Malaysia. Kalau nak ikut sistem unicameral, Dewan Negara perlu dibubarkan. Bolehkah Dewan Negara dibubarkan? Bagaimana caranya pula? Sedangkan PR lebih komited untuk memperkukuhkan Dewan Negara bukan membubarkannya.

Sistem republik ni macam Republik Singapura atau Republik Amerika Syarikat?

Jika Singapura bercantum dengan Malaysia, sistem unicameral mereka akan jadi standard dewan undangan negeri seperti di Sabah dan Sarawak dan kuasa dipegang oleh kerajaan pusat (persekutuan).

Bab2 tukar sempadan negara, pinda perlembagaan dan tukar sistem pemerintahan ni Aziz Bari kena beri penerangan. Tapi penerangan tu kena ikut bahasa mudah yang orang kampung boleh faham. 

Hassan Ali menghina kebijaksanaan Majlis Raja2 yang kononnya dia nak pertahankan. Takkan Raja2 Melayu nak serahkan kuasa kepada Presiden. Dia juga menghina ulama yang kononnya jadi sahabatnya. Matematik mudah pun dia gagal. Undang-undang lagi blur! Yang dia tahu sekarang ialah jadi pembesar suara UMNO yang menentang hukum hudud dan suka porno. Keseluruhannya Hassan Ali memperlekehkan PR (dan rakyat yang menyokong PR) dalam melestarikan kedaulatan Negara dan rakyat!

Mengikut rajah otak di atas, bahagian intelligence manusia amat kecil dalam tempurung kepala kita. Ia dikongsi pula dengan personality (sikap, budi, ego etc). Personality ini ada baik dan ada jahat. Jika yang jahat telah berkuasa, ia akan menggunakan intelligence untuk melakukan kejahatan! Sebab itu orang pandai pun boleh jadi penyamun dan sebagainya. Sendiri mau ingat ler!

2 comments:

  1. miker peronah blajo kat sana ke weh?

    ReplyDelete
  2. bkn hj hadi secara khusus.

    trganu amnya, sebab projek tengin perpaduWang itu dimulakan di sana.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.