Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 26 April 2012

RACUN TIKUS BN

Kawan Yong cerita tentang kematian 3 ekor kucing kesayangannya kerana termakan racun tikus di rumah jiran. Katanya anaknya menangis hiba kerana kematian kucing-kucing kesayangan. Yong dengor pun sedih kerana kucing-kucing Yong pun baru mati. Jadi, Yong nak nasihat kat sesapa yang suka letak racun tikus di merata-rata tempat tu, ingat-ingat le. Bukan tikus je yang mati, kanak-kanak kecil yang ingat itu makanan pun boleh mati. Jangan menyesal kemudian, sudah.


Tapi yang lebih dahsyat bukan racun tikus untuk membunuh tikus. Racun tikus untuk membunuh akidah, sistem demokrasi dak hak asasi rakyat. Ia lebih merbahaya dari racun tikus untuk bunuh makhluk perosak.

Antara racun tikus yang digunakan termasuk:
  1. Skim PTPTN yang kelihatan lumayan, tetapi kemudian membebankan kerana hutang seumur hidup.
  2. Skim AP (untuk kroni) menyebabkan harga kereta tinggi untuk rakyat marhein. Kereta buatan tempatan, tingkap rosak sampai sekarang tak reti baiki.
  3. Skim BR1M RM500 untuk rakyat sekali seumur hidup, tapi naikkan harga minyak dan harga barangan runcit sepanjang hayat. Logik ke?
  4. Buat highway kemudian kenakan kadar tol yang tinggi, walaupun tidak dapat selesaikan masalah jam. Tak percaya pergi le ke Puchong, atau pergi ke Kuala Lumpur dari Kelang. Lebuhraya Persekutuan tu entah sudah berapa banyak kroni untung, tapi jalan sentiasa jam.
  5. Buat program undang artis untuk hiburan. Artis berpakaian macam orang telanjang. Rakyat enjoy dan khayal sampai mati.
  6. Tangkap beberapa ekor ikan bilis dan tuduh rasuah supaya rakyat kagum. Jerung pulak dilepaskan.
Banyak lagi, komer senaraikan sendiri.

Komer nak terus makan racun tikus? Teruskan sokong BN dan komer akan terus dapat racun tikus.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.