Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 22 April 2012

SAKA DAN KHURAFAT - ORANG MELAYU MUDAH KENA TIPU

HASIL KERJA TANGAN ORANG MELAYU - TAKDE KAITAN DENGAN PERKASA

NAK BELAJAR BUAT KERIS PUASA 3 HARI BERTURUT-TURUT
Pernah Yong tanya pengusaha/guru hasil besi (ironworks). Apa syarat nak belajar buat keris? Jawabnya "Mula-mula kena puasa 3 hari berturut-turut." Setelah dikorek-korek, sang guru menyatakan puasa itu sebagai tanda awal iltizam untuk membuat satu kerja yang berat. Kalau puasa selama 3 hari pun tak sanggup, tidak mungkin seseorang itu akan sabar dengan kerja kraftangan yang halus. Ini bukan bermakna hanya dengan puasa 3 hari si polan sudah dapat ilmu membuat keris! Hahaha.

Semalam Yong pergi jumpa Sifu. Yong pergi dengan ibu, abang dan kakak ipar. Abang Yong seorang penasihat kumpulan silat. So kot nak pergi tempat2 tertentu Yong seret dia sebab dia terror silat dan lain2 ler. Nampaknya abang approve Sifu Yong. Katanya Sifu Yong tak guna ilmu sesat, bela kadam (jin) atau sihir. Sifu Yong dah pencen. Sekarang dia buat kerja2 perubatan alternatif dan produk kecantikan. Antaranya termasuk kerja buang saka yang menakutkan. 

Menurut Sifu Yong, saka bukan hanya datang dari nenek moyang, tapi boleh diterima oleh orang modern melalui amalan sesat mereka dan perjanjian dengan iblis dan jin kafir. Jika orang modern itu tidak membuang amalannya, iblis dan jin kafir yang "menolong"nya akan diwarisi anaknya. Na'uzubillah!

Sifu memberitahu tentang penipuan golongan yang mendakwa "pakar" motivasi dan perubatan alternatif. Ada yang dapat gelaran bunyinya hebat dari open university di Sri Lanka yang entah apa-apa. Website universiti di sini dan di sini tidak menunjukkan universiti ini ada pelajar atau tenaga pengajar. Ada juga yang mencuri hasil penyelidikan orang lain dan kata dia punya. Untuk lebih meyakinkan, ada yang guna dubious title profesor, dr, ustaz dan sebagainya. Bagi yang minat komer boleh baca forum berkaitan di sini. Jangan saman Yong yer. Yong tak turut serta dalam forum nih pun. Ini pandangan demer.

Janganlah kita mudah tertipu dengan janji-janji untuk cepat kaya, jadi cantik berseri atau bijak bistari. Jangan mudah terpedaya dengan ilmu yang pelik-pelik. Silap-silap ilmu ini boleh jadi saka kalau disertai dengan amalam khurafat. 

2 comments:

  1. A'kum Yong

    Saka memang bawa bencana. Ingat cerita gadis yang dilarikan di Besut. Itu pun berkaitan dengan saka juga.

    Pak Din sendiri pergi tinjau di rumah keluarga gadis itu. Ceritanya di sini http://mountdweller.blogspot.com/2010/10/di-rumah-gadis-yang-dilarikan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon ceritanya, keturunan pengamal yang memelihara saka akan menderita selama 7 keturunan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.