Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 4 May 2012

ANDAK KATA "AKU PEDULI APER AZMIN NAK ROMEN DENGAN SIAPA"

Kami pergi mencari akhbar, sebab ibu nak baca akhbar. Lepeh kuar masuk dua kedai, Yong beli Harakah. Ibu tanya, "Takde Suara Keadilan ke?" Kami beritahu ibu, Suara Keadilan dah abis. Ibu kata "Berita Harakah tak panas!"

Hehehe...Yong dan Andak berpandangan. Kami sendiri tak pernah fikir berita-berita Suara Keadilan atau Harakah tu panas atau tak panas. Kami baca jer. Lalu ibu bagi contoh tentang berita "Azmin beromen dalam toilet" sudah tentu berita tipu. Tapi Ibu nak tahu cerita sebenornya, camne?

Yong tak mahu komen aper-aper tentang benda nih, sebab Yong tak mahu memanjangkan cerita dalam kerojer fitnah memfitnah. Andak terus menyampuk, Kata Andak:

Andak tak peduli Azmin nak buat hubungan dengan siapa. Tuduh orang salahlaku sex tanpa bukti pun berdosa. Kalau dia buatpun itu antara dia, pompuan itu dan Allah. Itu dosa peribadi dia. Dia jawable dengan Allah. Kalau dia ada buat dosa, kemudian dia tobat nasuha, janji tak buat lagi, terpulang pada Allah nak ampun ke tidak. Kalau dia ikhlas, tentu Allah ampunkan. Kita kena yakin dengan Allah, Dia MAHA PENYAYANG DAN PENGASIH. Itupun kalau kita ikut sayang dan kasih pada Allah.

Andak dah tetapkan hati nak pangkah parti aper nanti. Andak maleh ambik tahu skandal sex orang. Itu tak penting. Yang penting, parti yang Andak pangkah nanti bukan parti rasuah.

Rasuah tu bukan takat dosa pada Allah, tapi dosa pada umat. Kot kat Malaysia ada 28 juta umat, maka dia dah dosa pada 28 juta umat. Larat dia nak minta ampun pada 28 juta manusia? Lepeh minta ampun, harta rasuah kena kembalikan. Bukan pulon dan ingat pergi Mekah boleh selesai, sedangkan tambang dia pergi Mekah tu pun tak tentu dari sumber mana, halal ke?

Wah! Andak bercakap macam ustazah pulak. Bravo Andak.

Ini contoh barang-barang yang dibeli oleh kementerian kerajaan 1Malaysia.

TEROPONG TERMAHAL DI DUNIA

KERETA PERISAI TERMAHAL DI DUNIA

KAPAL SELAM TERMAHAL DI DUNIA
Andak menabung dan simpan banyak duit dan mampu melancong keluar negara. Tapi Andak tetap tak mahu beli barang terlampau mahal. Jadi Andak tak suka pemimpin-pemimpin yang guna duit rakyat beli barang termahal berbanding harga pasaran. 

Komer tak payah ler buat video porno ke aper ke...Rakyat dah tak percaya. 

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.