Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 3 May 2012

BERSIH 3.0: IBU MINTA CERITA PASAL BERSIH

Minggu lepas abang bawa ibu ke rumah Yong untuk berubat secara alternatif setelah keluar hospital. Lepas beberapa hari, ketika abang dan kakak ipar nak bawa ibu balik kampung, ibu minta dihantar ke rumah Andak. Kakak ipar tanya "Kenapa nak ke sana?" Jawab ibu, "Kamu kan nak pergi Bersih, nanti aku tinggal seorang kat rumah sapa nak jaga?" 

Kami adik beradik berbincang sekejap. Andak pula baru telefon dia juga tak berapa sihat. Andak takut tak dapat jaga ibu dengan baik atau mungkin menjangkiti ibu. Yong bagi tahu Andak, setelah Yong bawa ibu berubat secara alternatif, ibu sudah semakin sihat. Cuma ibu tak berapa berkenan tinggal di rumah teres Yong yang penuh dengan kucing yang besar-besar badannya. Lagipun ibu biasa tinggal di rumah yang lapang dan dikelilingi pokok-pokok. Akhirnya kami akur dengan kehendak ibu. Abangpun hantar ibu ke rumah Andak. Sebelum bertolak ibu sebut lagi, "Bukan apa, kamu kan nak pergi Bersih..." Ibu tahu Andak takkan pergi ke Bersih, kerana suaminya yang kaki golf sakit gaut dan kena dijaga makan minumnya. 

Alhamdulillah, Andak sihat dan dapat jaga ibu dengan baik. Abang dan kakak ipar pun dapat pergi ke Bersih. 

Semalam Andak bawa ibu ke rumah anaknya di Lembah Kelang. Yong pun pergi ke sana menjenguk. Sebaik nampak muka Yong, ibu tak tanya sama ada Yong sihat atau apa. Tapi dia tanya, "Macam mana Bersih?" Yong tanya, "Ibu ada baca surat khabar? "Ibu jawab, "Ada, tapi Berita Harian jer. Berita Harian ni penipu." 

Rupanya tak payah Yong bagi tahu ibu macam mana wajah Berita Harian tu. Ibu dah tahu. 

Jadi Yong tunjuk video youtube dan gambar yang bertaburan di Internet. Macam-macam lagi soalan ibu meminta penjelasan.

Ibu tanya, "Surat khabar kata orang tak boleh niaga, betoi ke?" 

Belum sempat Yong jawab, Andak dah menyampuk, "Itulah akibatnya, bila mencari rezki tak percaya kepada qada’ dan qadar. Rezki dapat, tapi tak dapat barokah. Bila tak dapat hantar barangan, salahkan Bersih. Mana tahu Allah dah tetapkan begitu. Hari tu tak boleh niaga. Entah-entah kalau takde Bersih, lori dia terbalik, tak dapat hantar juga. Hari ni KL banjir, tak dapat niaga jugak. Nak salahkan sapa pulak?" 

Terkejut Yong bila Andak cakap begitu. Selama ni Yong ingat dia tak ambik pot, sebab dia selalu minta Yong jangan terlibat dalam politik. Rupanya Andak diam-diam sokong Bersih. 

Dari sembang-sembang dengan sedara mara, Yong tahu kat Perak undi untuk PR tidak akan merosot, malah bertambah. Masalahnya pengundi hantu. Sebab tu rakyat Perak yang mahukan keadilan menyokong Bersih 1, 2 dan 3. Walau bagaimanapun pencacai tetap berhalusinasi dan kata Bersih tak dapat sambutan. 

APESAL JADI CAMNI? PENCACAI KATA BERSIH MELAKA PUN TAKDE SAMBUTAN (SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.