Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 11 May 2012

KISAH BENAR DARI BERSIH 3.0: SEMUA TELEFON JAM, TAPI TELEFON ANGAH OKEY JER


Heboh sekejap pasal jammer yang menyebabkan pendemo BERSIH 3.0 tidak dapat berhubug antara satu sama lain. Memang zalim jika benar-benar jammer telah dipasang untuk menghalang pendemo menghubungi rakan-rakan. Jika apa-apa berlaku, bagaimana mereka hendak menghubungi adik-beradik? Nak harapkan polis?

Ini pula kisah Angah yang datang dari kampung untuk turut serta dalan BERSIH 3.0. Walaupun Angah dah berpuluh tahun menjadi aktivis PAS, inilah pertama kali Angah berdemo. Angah pergi dengan suami. Tapi mereka terpisah kerana suami mengikut kumpulan pendemo lelaki di hadapan. 

Bila FRU mula menembak gas pemedih mata dan meriam air, masing-masing lari lintang pukang dan ada yang terpisah dari kawan-kawan. Bila keadaan dah tenang, masing-masing mula le cari handphone sebab nak berhubung semula. Ada di antara demer dari kampung, tak biasa dengan KL. Jadi demer bergantung kepada kawan-kawan yang pandai sikit. Tapi telefon sunyi sepi. Takde line. Ada yang nak menangis kerana kawan entah di mana. 

Angah bertawakal kepada Allah sahaja. Yong dah kenal dia berpuluh tahun. Memang dia "cool." Angah pun baca bismillah dan cuba handphone dia, "Ada line!" Maka muslimat yang berdekatan masing-masing nak guna telefon Angah. Ada di antara mereka Angah tak kenal pun. Entah dari mana. Mujur Angah dah top-up banyak juga. Jadi demer guna telefon Angah. Logiknya, kalau handphone demer jam, handphone pendemo yang hendak dihubungi tentu jam jugak. Tapi bila guna telefon Angah boleh pulak. Siapa tolong sambungkan? MasyaAllah! Gagal jammer!!

Angah dan suami kata demer tak serih. Kalau ada BERSIH 4.0, demer akan berdemo lagi. Kata demer "Fisabilillah, mati pun takpe." Angah ialah kakak ipar Yong. Sudah tentu suaminya abang Yong, seorang penasihat silat, bab-bab spiritual (bukan Pekida ye)!

2 comments:

  1. memang bukan semua line tak berfungsi... line kuning agak boleh diharap... itu bedasarkan 3hp yg sy bawa...

    ReplyDelete
  2. Salam Puppets
    Betoi ada line yang okay. Tapi Yong takkan citer kat sini yang mana okay. Nanti SB tahu dan dia pun jam line tu...Yang penting, line dari Allah takkan tutup selagi kita beriman kepadaNya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.