Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 27 May 2012

SALAHKAH BAWA KANAK-KANAK MENDENGAR CERAMAH?

Dua berita tidak gembira menarik hati Yong sepanjang minggu ni. Pertama mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang mengikut ayahnya mendengar ceramah DSAI tercedera terkena batu dibaling oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab. Kedua, tentang 500 artis yang dipanggil untuk menghibur himpunan 1juta belia di Putrajaya. 


SUMBER PASPB2
Pada awal reformasi Yong bawa 2 orang anak Andak mendengar ceramah pro-reformasi. Mesti si katak Ezam, Hanafiah, Lokman Adam dan lain-lain perasan ada kanak-kanak yang hadir ceramah mereka di Perak kerana Yong sentiasa duduk dekat pentas. Anak-anak Andak mahu duduk depan. Yong terpaksa ikut je, sebab kena jaga budak-budak tu. Bila ada jeritan reformasi, takde siapa suruh. Budak-budak tu bersemangat!

Sekarang, kedua budak sudah dewasa. Kak Cik sudah jadi akauntan di sebuah syarikat antarabangsa di luar negara. Adik berada di tahun akhir kursus kejuruteraan universiti tempatan. Yong bangga kerana kedua anak saudara menjadi orang yang berjaya. Mereka tak jadi bohsia, artis dedah atau mat rempit. Ini kerana kami dalam keluarga mementingkan didikan yang berlandaskan Islam. Yong pernah cerita tentang pengaruh YB Nurul Izzah terhadap Kak Cik di sini

Jangan kata kami tak kenang budi kerajaan BN ye. Kedua-kedua anak Andak tak guna satu sen pun duit PTPTN! Keluarga Andak bukan billionaire macam anak mantan PM Malaysia, tapi mereka tak suka berhutang!

Yong minta pada ibu bapa yang anaknya tercedera, bersabarlah! Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Lihatlah himpunan sejuta belia di Putrajaya, tiada siapa yang baling batu. Tiada siapa yang maki hamun dalam ceramah. Tapi kemalangan berlaku dan ada yang cedera. Yong hanya mampu simpati kepada yang cedera. Di harap cepat sembuh. Percayalah, wassatiyah, infaq dan jihad cuma retorik UMNO sahaja. BN hanya mahu belia khayal dengan hiburan ala-ala porno! 

Bagi yang asyik giler hiburan, insaflah. Baik komer pergi ke ceramah ustaz Azhar Idrus.

TAKDE YANG CEDERA KENA LANGGAR KERETA DI SINI
Allah tunjuk banyak isyarat. Terpulang nak faham atau masih buat bodoh!

5 comments:

  1. salam yong... salah sesangat yong... tp klu dengor ceramah pr... klu dengor cerosmah moojib haruss.... he he leh dapat upah lg ha ha ha hampehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS
      Aduhai...Miker cakap ni dah rujuk kat mufta ke belum? Silap2 nanti kena kata ajaran sesat lak. Hahaha!

      Delete
    2. RUJUK KAT KEK MUFFIN JER HE HE

      Delete
  2. cramah tu takdak chop hailam jakim, kanak2 patut didedahkan dgn irama k-pap, j-pap dan segala pap yg ada di konsert 5 hr 5 mlm berjuta2 belia yg disahkan hailam oleh jakim.
    ada org kata jgn memandai kata jakim halalkan. rasionalnya mudah je, kalu tak haram musti halal. setakat hr ni slepas amoi jepun dan korea menunjukkan karipap masing2 kpd belia 1malaysia, takdak dengar lg jakim kata haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azmie,
      Kan demer kata, kubur asing-asing! Lagipun, amoi jepun dengan korea tu kat kafir! jadi kubur asing-asing le...Hahaha
      Citer rasa hebat weh! Amoi mongolia, jepun, korea, siam, kemboja, apa lagi?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.