Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 27 December 2011

TERIMA KASIH YB NURUL IZZAH

ICON ANAK MUDA
Kak Cik, anak saudara Yong berjaya menjadi senior accountant dalam usia 28 tahun plus. Beliau memiliki kelulusan ACCA dan kini bertugas di sebuah firma Antarabangsa di negara maju gagasan  European Union. Di atas meja solek di biliknya ada gambar dia dan Nurul Izzah. Gambar itu diambil sewakti era reformasi. Tak mengapa Nurul Izzah tidak kenal Kak Cik, tapi Kak Cik mengambil tindakan yang betul dengan menempatkan Nurul Izzah di hatinya sebagai ICON. 

Semasa era reformasi, Yong sering bawa Kak Cik dan Adik mendengar ceramah pemimpin2 reformasi termasuk Nurul Izzah bagi membakar semangat juangnya kerana Kak Cik agak "kurang bersemangat" dalam mendalami mata-pelajaran berbanding dengan Abang dan Kak Yong. 

YB Nurul Izzah, Yong ucap terima kasih tak terhingga. Anda telah menaikkan semangat juang kepada anak saudara Yong. Walaupun kini berada di luar negara tetapi dia berjaya bersaing dengan masyarakat antarabangsa dalam bidang yang tidak pernah diimpikannya. 

Kak Cik, seorang anak Melayu yang berjaya berjuang dalam dunia yang asing kerana memilih jalan yang betul, berpandukan ICON yang tepat. 

Janganlah kerana dua tiga ekor gay Melayu yang tersesat, kita terus melatah! Kerana ramai lagi anak Melayu di luar negara yang berjaya seperti Kak Cik. 

SYABBAS YB NURUL IZZAH. TERUSKAN PERJUANGANMU. JANGAN TERUSIK DENGAN FITNAH PENGKHIANAT BANGSA.

Untuk Kak Cik, kalau dia buka blog ini Yong kirim lagu ini:

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.