Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 25 June 2012

BERAPA RAMAI PEMIMPIN UMNO YANG ADA PHD TIPU NI?


Tahun lepas Yong pergi kenduri di rumah kawan, seorang profesor dari UM. Di antara jemputan termasuk seorang rakan pensyarah dari UPM. Beliau menceritakan tentang seorang PAR (Pembantu Am Rendah) yang telah menceburkan diri dalam politik. Katanya dia bertembung dengan bekas PAR tersebut yang menyatakan dengan bangga bahawa dia telah memiliki PhD. Bekas PAR tersebut menyatakan dia mendapatkan PhD tanpa bersusah payah kerana dia seorang yang "hebat."

Cerita rakan dari UPM ini mengingatkan Yong kepada kisah yang dialami oleh rakan dari UiTM ketika menemubual seorang calon pelajar PhD. Ketika ditanya apa yang mendorongnya untuk belajar, dia menjawab: "Kerana nak jadi calon dalam PRU13."

Apabila mendapati untuk memiliki PhD itu sukar, sang calon tidak datang pada hari pendaftaran!

Ketika melayari alam siber Yong terjumpa nama orang ini. Memang hebat kalau dia dapat sarjana dan PhD dalam tempoh SETAHUN! Tak tahu pulak sama ada ini orang yang sama seperti cerita kawan Yong pensyarah UPM tu. Sungguh. Yong langsung tak kenal dia.

Sumber WIKI 

Ingat lagi mamat nih? Dia bukan PAR dari UPM tu. Tapi cerita dekat nak sama.
Yong ingat semua tu isolated cases. Tapi bila tengok berita terbaharu di Perlis ni, Yong rasa perkara ni dah jadi macam wabak H1N1 pulak. Berjangkit weh! Agaknya ada berapa ramai erk?

Ini laporan polis tentang seorang pemimpin UMNO yang dituduh memiliki PhD palsu. Sumber: Mat Indera Sipejuang


6 comments:

  1. salam,

    Haaa Kan? dari pemimpin sampai penjawat awam, degree boleh main kasi2 je, ade yg SPM dapat 3, boleh buat degree tanpa ambil SPM terlebih dahulu, main kasi2 je skang ade yg ade master phd jadi pensyarah kat IPt dan maktab, eloklah bodo ajar bodo..

    KLIK MINTA CUTI TANPA REKOD PULAK DAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam New Hope
      Eh betoi ke ade yang phd/master tipu jadi pensyarah?

      Delete
  2. Salam Yong,
    bape arr RM nak belanja nak dapatkan kertas tu, teringin jugak, hiikkkss!

    ReplyDelete
  3. Salam Yong Moh kembara
    Rasernya tak le mahel bebenor. Tapi kot cetak sendiri lagi murah! Hehehe

    ReplyDelete
  4. pade teman dlm umngok lebih kurang 99% ada phd (penyakit hasad dengki)..demer same sendri pon nak kasi palam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi
      Wah, miker ketuk tepat sungguh!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.