Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 17 June 2012

HABIS LE SI LIOW: CINA MALAYSIA MARAH WARGA SINGAPURA DAPAT UBAT DENGAN MUDAH DI HOSPITAL KERAJAAN DI JOHOR BAHRU

Semalan Yong makan tengah hari dengan Nyonya. Udah lamer bebenor Yong tak jumpa gebang dengan dia. Nyonya ni dulu seorang setiausaha syarikat. Tapi penat dengan tekanan kerja dan ingin membesarkan anak dia berhenti terus jadi pensyarah. Eh, bukan setiausaha yang duduk atas riba bos tu lah! Suaminya juga setiausaha syarikat. Jadi semua hal berkaitan syarikat ader kat hujung jari dia jer. Misalnya, camne nak daftar, nak buat laporan tahunan, nak audit, nak lapor, nak panggil mesyuarat pemegang saham, etc. etc.

Cerita punya cerita, timbul cerita syarikat mee segera! Kata Nyonya, biasaler orang buat syarikat yang buat 1 projek jer. Lepas tu senyap. Tutup syarikat dan kemudian buat syarikat lain. Cara ini amat berkesan untuk mengelak dari pemantauan suruhanjaya syarikat. Banyak juga syarikat begini ambik pekerja sambilan atau sementara, tanpa mencarum ke KWSP. Kekadang ambik pekerja asingpun. Ada juga yang ambik pekerja gaji "daily rated." Sebab menggaji pekerja status begini (kununnya dalam latihan) ialah kerana nak elak komitmen KWSP, SOCSO, perubatan dan lain-lain.

Sebut pasei perubatan, katanya hospital gomen kat Malaysia penuh dengan warga asing yang mengambil ubat di subsidi oleh kerajaan Malaysia. Maknanya dengan menggunakan duit pembayar cukai! Katanya lagi sepatutnya setiap syarikat yang mengambil warga asing bekerja perlu membiayai kos perubatan pekerja kontrak yang berjawatan rendah, bukan hanya hanya untuk golongan pakar sahaja. 

Lebih mengejutkan, Nyonya berkata di Johor Bahru, warga Singapura mengambil ubat penyakit kronik seperti ubat untuk diabetes, darah tinggi dan sebagainya dengan bayaran minima yang disarankan kerajaan Malaysia.

KUALITI KLINIK KERAJAAN PULA HAMPEIH (SUMBER)
Yong teringat dulu semasa di awal sakit cervical spondylosis, Yong cuba mendapatkan rawatan specialist di hospital kerajaan. Yong bertolak dari rumah jam 8.00 pagi. Sampai hospital jam 9.30 pagi. Kena tunggu berjam-jam, jumpa doktor pukul 3.00 petang selama 5 minit. Ambil ubat 2 jam. Balik sampai rumah dekat maghrib. Pendiknya solat zuhur dan asar di hospital. Jarak kilometer dari rumah Yong ke hospital lebih kurang 60 km sahaja. Yong pergi dua kali sahaja. Pada kali kedua Yong "bertengkar" dengan doktor "pakar" yang sikapnya acuh tak acuh. Dia kata Yong tak "exercise" tanpa mengetahui cara hidup Yong. Sedangkan BMI badan Yong takde masalah. Yong bukan gemuk macam ibu lembu NFC. Lepas itu Yong tak datang lagi. Begitulahlah layanan hospital pada pesakit luar tempatan!

Bila mendengar cerita warga Singapura boleh mengambil ubat penyakit kronik dari hospital Johor Bahru, Yong bagai ditumbuhi tanduk di kepala. Bukan tanduk setan ye. Ini tanduk seladang Peghok.

YONG LAHIR TAHUN "OX." GINI LER ROPER YONG MARAH
Apa si Liow ni buat selain nak kutip plat kereta lab-u lab-u lab-u (ikut cara sebutan si Liow) 15? Tak nak buat kerojer dan tak tahu kerojer, berenti ler!

6 comments:

  1. Tunggu di klinik atau hospital kerajaan memang lama. Berkenaan doktor pulak, ada yang bagus ada yg macam tak berapa bagus. Warga asing memang kena bayar RM15 untuk dapat rawatan dan ubatan di klinik kerajaan tapi masih lagi murah dari klinik swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob Hasnan Harun

      Yong percaya ada doktor bagus, ada juga yang hampeh. Yong hantar ibu Yong masuk hospital swasta. Ibu Yong terus "jatuh hati" pada doktor itu kerana dia sangat pandai mengambil hati.

      Pokoknya warga Singapura mengambil kesempatan ini untuk ambil ubat di Johor Bahru kerana di Singapura kosnya amat mahal. Kenapa kita harus beri subsidi ini kepada mereka yang kaya?

      Delete
  2. Salam Yong,
    Ater menteri2 kabinet kita sibuk mengira bape RM masuk, deme mana kisah rakyat susah ke idok. Rakyat hingor, deme buat2 "We will look into this matter" mode. Pastu senyap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Moh Kembara,
      Itule Yong geram Warga asing pergi spital gomen. Kita pulak terpaksa pergi spital swasta. Ade ke patut?

      Delete
  3. garangnyer roper mike, takut teman. teman tak sabo nak jumpe 2 ekor pasangan panada laki bini yg bernilai 20j yg teman namaekan jib-jib & mah-mah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Opisboi,
      Sakit ati bila pikior duit mudoh jer kuar untuk benda2 membazir! Dah tu, rege barangan pengguna mahel bebenor.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.