Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 24 June 2012

KISAH BENAR N3 HUJUNG MINGGU: BERCAKAP DENGAN MAKHLUK GHAIB

RAYA TAHUN LEPAS: DENI ENGGAN DIAMBIL GAMBARNYA
Baru-baru ni Akak (anak saudara Yong) datang bersama anak sulungnya yang baru masuk 4 tahun. Kami sekeluarga memang tahu anak sulung ni amat cerdik dan ada “kelebihan.” Mereka menaiki kereta yang dipandu oleh adik si ibu (Farid). Mereka tidak ikut highway. Sebaliknya mereka masuk ikut jalan pantai dan melalui ladang kelapa sawit. Deni (panggilan untuk si anak kecil) duduk di belakang. Kisah berlaku waktu tengah hari. 

Ketika kereta bergerak laju tiba-tiba kedengaran angin masuk dengan kuat. Mereka mendapati tingkap kereta di belakang telah dibuka. Farid terus mengunci tingkap guna autolock. Seterusnya, terjadi perbualan antara Akak dengan anaknya: 

Akak:  Deni bukak tingkap ke?

Deni:  Ia.

Akak:  Kenapa Deni bukak tingkap?

Deni:  Tadi ada makhluk nak masuk mummy. Deni kesian. Dia nak masuk.

Akak:  Tak boleh. Jangan bagi masuk.

Deni:  Takpe mummy. Dia baik. Dia nak kawan aje.

Akak:  Tak boleh. Baik ke jahat ke, tak boleh kawan dengan makhluk.

Deni diam sekejap. Tak sampai lima minit dia bercakap lagi.

Deni:  Mummy, Deni tak suka le yang kepala botak ni. Dia jahat.

Akak:  Sudah. Jangan layan lagi.

Deni diam. Ketika melalui sebuah ladang tiba-tiba dia bersuara lagi, seperti nampak sesuatu.

Deni:  Ada pun yang ada rambut, mummy! Dia baru keluar dari kebun. Dia ada bawa perangkap mummy.

Masa itu Akak mula nak ikut anaknya main.

Akak:  Tanya dia boleh tak bagi harta? Boleh tak bagi emas?

Deni:  Katanya boleh mummy. Nanti dia ambik harta qarun.

Akak:  Bila dia nak bagi? Malam ke siang?

Deni:  Katanya malam mummy.

Akak:  Harta kita ndak. Tapi dia tak boleh ikut.

Deni:  Mummy…dia sedih mummy. Dia nangis.

Akak:  Sudah. Taknak main lagi.

Akak terus ambik anaknya dan letak atas pangkuan. Akak baca apa-apa ayat quran supaya anaknya tidak diganggu lagi. Anaknya terus tidur. Mereka tiba di rumah Yong dengan selamat jam 3.00 petang. 

Kisah di atas adalah benar sebagaimana yang diceritakan kepada Yong. Takde siapa ajar Deni istilah makhluk dan qarun. Entah dari mana dia dapat. Deni tak sekolah tabika atau nursery school kerana ibunya surirumah penuh masa.

4 comments:

  1. A'kum

    Segala-gala tidak mustahil Yong. Saya alami beberapa kali.

    Semasa anak-anak saya (along dan adik) masa kecil, mereka berdua pernah mengepung makhluk yang hitam dan berbulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Yob Moundweller,
      Kata orang bila dah besar nanti dia tak nampak lagi. Harap begitulah.

      Delete
  2. A'kum yong,
    Anak lelaki saya masa bayi pernah kena gangguan.Asyik menangis siang malam dan takut sepanjang masa.Sy ikhtiar berjumpa dgn sorg Imam,katanya anak saya ada "gangguan mata".Alhamdulillah,lepas dua kali jumpa dia beransur pulih.Tapi,sbb masa tu dia bayi lagi jadi tak tahu apa yg dia "nampak".Skang dia okey.InsyaAllah,sy doakan deni tak dapat gangguan mcm anak saya.Maybe bila besar dia tak nampak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rafhani,
      Masalahnya Deni langsung tak takut. Ini merisaukan ibunya. Ditakuti makhluk yang dilihatnya itu akan mengajak Deni pergi ke tempat yang merbahaya.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.