SURAU DIBINA HASIL USAHA KOMUNITI PAS
|
Yong balik kampung. Tak cayer? Nah! Yong letak bukti gambor surau kat Tali 6, dekat Chenderung Balai, dalam DUN Sungai Manik, Parlimen Pasir Salak. Orang kampung gelor surau ni surau PAS. Ia dibina hasil usaha komuniti PAS. Surau ini terletak di atas tanah yang diwakafkan oleh Chegu Hashim. Dah Chegu, maknnya professional ler tu. Tapi yang datang solat tak kira professional ataupun ulama dan ahli PAS, PKR atau UMNO,
Yong cari jugak kot jumpa surau UMNO atau PKR. Hmm...tak mandang!
Masa balik kampung Yong diberitahu Dr Muhaimin Sulam akan dilantik sebagai AJK Kerja PAS Pusat. Dia mengganti Nasharuddin Mat Isa yang memegang jawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Dengor cerita Nasharuddin tak pernah hadir mesyuarat. Dengor cerita dia tak sior memegang jawatan itu. Sebab itu tak datang mesyuarat.
Eloklah begitu. Sudah dia tak sior, buat apa dok simpan dia di AJK PAS Pusat lagi?
Sudah tak datang mesyuarat, maknanya sejak tahun 2011 dia tak buat apa-apa pun untuk PAS?
Alaihai...mana yang katanya istiqomah tu?
Alaihai...mana yang katanya istiqomah tu?
Tapi heran jugak, ada yang kata Nasharuddin ini masih relevan dalam PAS. Relevan kat mana penin Yong memikiornya.
Masa diberitahu tentang perlantikan ini Yong tidak dibenarkan tulis di Blog kerana belum rasmi. Tapi sekarang dah rasmi. Jadi Yong tulis untuk merakamkan tahniah pada Dr Muhaimin Sulam, calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Pasir Salak.
Senarai penuh AJK PAS Pusat di sini.
Senarai penuh AJK PAS Pusat di sini.
Bab jadi calon Pakatan Rakyat Parlimen Pasir Salak ni, mungkin ada orang yang "berbulu" telinga mendengarnya. Telinga siapa yang "berbulu" tu biarlah Yong simpan rahsianya, buat sementara waktu.
Apapun, Yong percaya Dr Muhaimin Sulam tak takut dengan Pekida Pasir Salak yang terkenal dengan kegarangannya itu. Kah kah kah!
Hassan Ali tentu sakit hati sebab bertambah lagi "parasit" dalam AJK PAS Pusat.
Salam Yong,
ReplyDeleteBagi teman, lantak ler si Hasang tu nak panas hati ke, nak nangis keluar air mata darah ke, dia bukan ada kena-mengena... Apa, dia ingat PAS kebulor sangat nak jemput dia dengan karpet merah join semula? Teman tengok dia ni dari dulu pun memang dah menyampah...dia masuk PAS pun teman tak percaya...tup, tup, dah melalut bukan2.. Ha, dah kena tendang, padan muka kau..!!
Salam Baretta
DeleteKan dia kata hatinya masih pada PAS? Cuma kisah ni macam bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kisah Hassan Ali umpama cinta tak berbalas. Jadi dia meroyan sana sini ler.
Klu teman dduk tempat dia skrg, eeeiiii...!!!! Idaknya ler teman tergamak nak ngaku masih sygkn PAS... Sebab teman masih siuman, masih kenal dan ada rasa malu... Tapi si hasang ni teman rasa meroyannya tu dah masuk tahap 5 Yong... Rawatan yg boleh buat cuma bagi renjatan letrik 10kV, bior keras berasap...kah kah kah!!!!
DeleteIsk yong bior benor...tulah pasal dr Muhaimin..tahniah le...
ReplyDeleteSalam Kamalzaman
DeleteItule beritanya. Dia doakan dia berjaya dalam kerjaya politiknya.
asang budak jaga lumbu
ReplyDeleteari2 curi jambu
itulah asik terburu-buru
melepas jawatan embi yg diburu..asang2 akhirnya pecah tembelang kau! melantun-lantun busuknya..permata kau buang..tahik babi yg kau minati
Salam Opisboi
DeleteSebenarnya antara Hassan Ali dan Dr Muhaimin, lama lagi Dr Muhaimin dalam PAS, walaupun dia masih muda.
Betul tu Yong, teman suka baca artikel dia dlm Harakah masa dia di oversea...
Deletekalu takat dr. Muhaimin ganti nasa tu setuju le juge....tapi kalu jadi calon pasir salok......hogeh juge sokongan teman....apa tak mandang ke lagi calon2 yang lama dan sesuwei jadi calon di situ. kan apa....bukan tak siyo dr. tu, tapi dia baghu sangat lagi...ghamei juga yang tak yakin sangat pada dia. esok kut sughut pulok deme nyokongnye.
ReplyDeleteSalam PakNgahYobKider
DeleteAter kot bukan Dr Muhaimin saper? Takkan Abdul Razak Ismail (PKR) tu? Lagi oghang tak kene.
Dr Muhaimin bukan orang baru dalam politik. Dia pernah bertanding DUN Sg Manik sebelum melanjutkan pelajaran.
Udah PKR menangih meraung nak juga dicalonkan kat Sg Manik, logiknya tukor jer Dr Muhaimin ke Pasir Salak. Tak kan kedua tempat PKR ndak kot?
Teman pun boleh jadi calon YB, aper? hehe... tak jeru teman ahh! Yo ler demer yg layak saje ke depan... yg tak larat nak bekejor berambat dalam plitik elok ler duk tepi... jadi tukang sorak..hurit kat orang kite bagi menang... jadi ler, kan kak yong!
DeleteSalam Hanz
DeleteYong aminkan ajer. Mana tau kot miker ader ketokohan pulok. Makcik2 kat Sg Manik gemor? Hmmm...