Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 3 June 2012

MOH ULANGKAJI SEJARAH KEHEBATAN UMNO, BERJUANG 2 TAHUN BERJAYA CAPAI KEMERDEKAAN

Umno heboh sana sini kata demer pejuang kemerdekaan. Takde saper lagi dah yang terlibat. Nama Dr Baharuddin Helmi hilang entah ke mana. Jika komer pergi ke Muzium negara, nama-nama tokoh yang bukan umno tak ditemui. Pejuang yang wujud di zaman awal penjajahan Britith seperti Tok Jangguk, Mat Kilau dsb. jelas terpampang. Adakah mereka juga orang umno? 

Di bawah ini keratan dari arkib negara (di sini). langsung tak sebut umno. Tak timbul nama umno pun. Jadi umno toksah meraban kate komer ler pejuang kemerdekaan.


Tunku tandatangan Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau tandatangan sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, bukan umno!

PEKEMBAR (umno) ditubuhkan tahun 1946. Perjanjian dibuat tahun 1948. Hebatnya umno! Baru berjuang 2 tahun telah berjaya mencapai kemerdekaan Tanah Melayu! Nelson Mandela tentu kagum!

Jangan nak auta kat rakyat, bahawa komer mesti memerintah negara ini sampai kiamat kerana komer adalah pejuang kemerdekaan.

KAMI MASIH - MASIH MENUNGGU PENJELASAN BAGAIMANA PATI BOLEH JADI RAKYAT MALAYSIA? BACA PENDEDAHAN SABAHKINI DI SINI DAN SINI

APAKAH HUBUNGAN "PEJUANG KEMERDEKAAN" DENGAN PATI?

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.