Yong dah banyok kali kabor. Kot nak menang DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah, sikap komer kena ubah. Kalau komer teruskan sikap macam sekarang, DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah kekal dipegang UMNO. Sikap komer akan mengesahkan kajian UMNO bahawa DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah milik UMNO.
Yong dah buat posting tentang perkara ni dulu lagi di sini dan di sini. Tapi nampaknya sikap komer macam tu jugak. PKR tetap dengan bodoh sombong. PAS tetap dengan biorler.
PRU13 dah amat hampir. Aper komer buat eh? Mana orang PKR? Cer komer cari, ader tak demer hidup dalam blog? Yong jumpa ini ajer blog PKR. Ada juga blog individu pro-PKR. Rasanya dibangunkan oleh orang yang sama:
BLOG ADER 2 HALAMAN |
Yang ini pulok blog PAS:
BLOG ADER 14 HALAMAN |
Blog PAS ader juga cerita-cerita. Tapi masih tak cukup.
Yong tahu kat Pasior Salak mungkin ader masalah network. Jadi sukar untuk update blog. Takpelah kot takde blog pun, tapi janganler tidor!
PKR, berapa ramei ahli komer? Langsung tak mahu bertolak ansur nak bertanding kat Sungai Manik jugok, walaupun tahu takde "grassroot." Ingat nak harap ahli Teluk Intan tolong, sebab Teluk Intan dah ader DAP. Changkat Jong ader PAS. Ingat! Changkat Jong pun dalam keadaan kritikal jugak.
Mengikut blog PAS Pasior Salak, nampaknya PAS akan tumpu jentera pada Kampung Gajah jer. Sungai Manik, biorler. PKR, komer akan hanyut dalam parit kat Sungai Manik, kot komer tak berusaha dengan lebih bijak!
Setakat ini Parlimen Pasior Salak 50-50. Tapi kalau PKR nak bertanding kat situ jugok, kemenangan akan berpihak kepada UMNO! Ini kerana kajian mendapati pemilih yang mengundi PKR untuk DUN takkan mengundi PKR untuk Parlimen.
Sebabnya mudah jer. Demer takut kalau menang, tapi tak dapat bentuk kerajaan, dua-dua jadi katak. Ini masalah kepercayaan yang harus ditangani dengan baik. Bagi pengundi PAS pula, demer lebih tegas. Jika demer mengundi PAS peringkat DUN, demer akan undi PAS peringkat Parlimen. Masalah kepercayaan tidak timbul walau apapun tuduhan Hassan Jati.
Perangai PKR Pasior Salak/Sungai Manik dan penyokong demer yang berapa kerat tu menghasilkan berita baik buat UMNO!
Ikut suker komer nak percaya ke tidak.
Di sini ada video DSAI di Langkap. Bersungguh-sungguh DSAI turun padang bagi nasihat berlapis-lapis. Tak tahu masuk otak ke tidak. Pengampu memang bagi cerita baguih jer.
Menyesal dahulu pendapatan
Mengesal kemudian takde gunanyer.
Kalo nak wujudkan negara Islam dan laksana hukum Hudud... x payah le citer pasal parti ni terok ke... baguih ke... x buat keje ke... dan mcm2 lg.
ReplyDeleteTumpukan menang Parlimen... x kira le sapa bertanding... sama2 kita tolong menangkan parlimen... walaupun kapior yg bertanding.... X payah nak citer negatif pasal PR...baru le boleh melalak sana sini nak ujud negara Islam... Strategi kene betoi...
Lg satu cadangan, blog ni banyakkan serang UmnoBn dan promosikan PR.
Salam MalaysianBanking
ReplyDeleteKenapa marah bila ditegur?
PR mengamalkan sistem demokrasi. Maknanya ada kebebasan bersuara. Islam juga menggalakkan orang ramai saling menegur, supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri.
Bagi Yong kita perlu melihat siapa yang bertanding. Bukan tak kira siapa bertanding. Ini tidak bermakna kita menolak calon kafir, asalkan dia menerima konsep kita, maka kita terima dia (Mana ada calon kafir bertanding di Sungai Manik?)
Yong akan tetap sokong PR. Tapi tidak bermakna Yong jadi pengikut yang membuta-tuli.