Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 31 July 2012

KERETA RAKYAT 4: BANKRAP LE KITER KENA BAYOR SAMAN! (UPDATE)

SISTEM AES TAK PERLU MAMAT NI BERDIRI DI BAWAH PANAS TERIK LAGI
Yong dah kata dulu taknak celoteh lagi pasal penurunan harga kereta. Hari ini Yong dah U-TURN. Ini Yong lakukan demi menjaga poket komer pelumba-pelumba tak rasmi di lebuhraya! Kisahnya ialah berita ini:
YANG RAMAI MENINGGAL TU PENUNGGANG MOTORSIKAL. DEMER TU TAK BAYOR TOLL DAN TAK PERNAH KENA SAMAN EKOR PUN!
Bagi yang terlepas pandang apa bendanya AES ni komer baca kisahnya di sini. Jangan komer tak tahu. Ini business yang menguntungkan. Menurut penulis Portal Berita Semasa, kaedah yang menguntungkan dua syarikat dalam skim penswastaan Malaysia itu adalah seperti berikut:

LABA DI ATAS DERITA

Sebab itu AES akan dilaksanakan dekat Hari Raya ini. Masa itu ramai pengguna jalanraya. Business maaa... Kalau komer nak tahu lebih lanjut, komer baca di sini

Jika projek penurunan harga kereta Rafizi menjadi kenyataan, bersiap sedialah komer dengan duit saman. Duit jimat beli kereta akan pergi ke JPJ dan poket pemegang saham dua syarikat berikut:
  1. Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)
  2. ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).
Mesti board of directors dua syarikat ni sayang pada Rafizi, sebab pertambahan bilangan kereta akan memberatkan lagi poket mereka! Mereka juga sayang pada pelumba-pelumba tidak rasmi yang hebat di lebuhraya.

JPJ telah benchmark United Kingdom yang kononnya berjaya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian kerana melaksanakan AES. Iyakah? Bagaimana pulak Jerman? Kita tahu Jerman tiada hadlaju (N3 terdahulu di sini). Yong dapat data perbandingan kemalangan jalanraya dari Pakcik Wiki bagi tahun 2009-2010 seperti berikut:

PERBANDINGAN DENGAN MALAYSIA
Memang betul kadar kemalangan di Malaysia tinggi berbanding dengan UK, Jerman dan Jepun. Tapi jangan lupa, di negara-negara tersebut tiada mat rempit dan tiada mat motor kapcai (yang selalunya jadi mangsa kemalangan di Malaysia)! Boleh ke AES tu tangkap Mat Rempit dan Mat Motor ni? Selalu jugak Yong bawa 110kmj masih demer boleh potong di lebuhraya! Tapi mereka tak pula kena saman kerana melebihi hadlaju.

Yong tak sempat mencari data terkini. Komer yang rajin cari ler sendiri. Apapun, data di atas menunjukkan situasi yang critical dan telah dijadikan alasan oleh JPJ untuk melambakkan 'cyber surveillance camera' di jalanraya. Perlukah begitu banyak? Komer boleh kena tangkap banyak kali dalam satu perjalanan!

Harap Pakatan Rakyat dan khususnya team Rafizi ada cara bagaimana menangani isu saman yang tidak adil ini.

NOTE: Oleh kerana ada beberapa orang yang beritahu Yong ada mat motor kapcai yang kena saman, maka Yong dah potong ayat berkenaan. Maknanya mat motor yang mengaku pada Yong tak pernah kena saman tu komer bernasib baik je. Sebenornya komer patut kena saman gak.  

9 comments:

  1. Inilah agaknya bia mana negara tidak mendapat rahmat dan petunjuk Allah swt..semuanya menyusahkan dan menzaimi rakyat...tapi akan nak dikatakan PEMIMPIN ZALIM KERANA RAKYATNYA ZALIM MEMILIH PEMERINTAH YANG ZALIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azman
      Yong bukan anti polis atau anti JPJ. Tapi kita semua maklum, menghukum bukan cara terbaik untuk mendidik manusia supaya berhemah di jalanraya.

      Delete
  2. Menanggung laba atas.kesusahan orang selalunya kerja yahudi tak heran lah kerajaan sekarang memang bawah telunjuk yahudi 1nation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yeop,
      Agaknya berapa kali seorang pemandu itu boleh kena tangkap oleh camera dalam perjalanan dari KL ke Pulau Pinang? Adik ipar Yong pernah kena tangkap 2 kali dalam perjalanan dari Ipoh ke Taiping! Itu sistem lama. Kalau sistem baru yang canggih ni tak tahule.

      Delete
  3. Untuk makluman awak, penunggang motosikal juga telah di saman kerana memandu melebihi had laju. Tidak kira samada membawa motosikal besar mahupun kapcai. Awak boleh semak statistik dengan pihak Pdrm. Siap terdapat gambar lagi. Ada juga yang telah dirakam dengan jelas melakukan aksi "superman". Tidak menjadi kesalahan pihak berkuasa apabila anda disaman, kerana sebenarnya saman-saman tersebut dikeluarkan kepada yang melakukan kesalahan shj. Patuh kepada undang-undang jalan raya bagi mengelak dikenakan saman......susah sangatkah? Fikir-fikirkanlah..........

    ReplyDelete
  4. Salam semua

    Salahkah Yong inginkan satu sistem penyelengaraan trafik yang lebih baik dan berkesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong sy punya kwn pernah kena saman ekor psl bwk motor laju...kenapa boleh jd camtu...efisien apa sistem mrk?..padahal moto tu sekali tgk nak pergi100 km/j pun dah tahu tak boleh....

      Delete
    2. Salam dAn
      Dia kena saman di mana? Di Lebuhraya-Utara Selatan dan Kelang-Seremban ke?

      Yong tanya beberapa orang yang sah bawa motor teramat laju. Demer mengaku tak pernah kena saman semasa melalui lebuhraya tersebut. Kalau kena pun kat jalan biasa ditahan masa roadblock. Lepas tu kena saman apa-apa je.

      Kawan dAn tu mungkin bernasib malang. Dia boleh dispute kalau ada gambar.

      Yong pun pernah kena saman kat jalan biasa. Kata polis Yong bawa 80kmj di kawasan 60kmj. Manalah Yong nampak tanda 60kmj tu. Yong tak dispute sebab Yong takde bukti. Yong Bayor je.

      Menurut orang yang tahu sistem yang akan digunakan ini, alat AES boleh tangkap benda yang lari teramat laju, walaupun saiz kecil. Jadi boleh tangkap motor dan takde buat silap macam camera dulu. Waulahuaklam.

      Delete
    3. Cheras- kajang highway..time tu nak minta gambar pun kena charge yong...apa da...harap2.pakai sistem baru lg bagus la....

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.