Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 9 August 2012

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT? KERETA YONG KENA UMPIL

Malaysia negara yang paling selamat! Percayalah!

Semasa menghadiri kursus musim panas di Jepun, Yong dengan kawan naik keretapi pergi balik universiti. Satu hari ketika keluar dari stesen, seorang pakcik jaga Jepun (security guard) memanggil kami. Mulanya kami tercengang. Apehal pakcik ni? Rupernya dia nak serahkan dompet yang dijumpai oleh seorang penumpang keretapi kepada kawan Yong. Dalam dompet itu kawan Yong simpan gambar dia dan suaminya. Jadi, pakcik ni tiap-tiap hari (dalam seminggu tu) duduk dekat pintu keluar semata-mata untuk mengenalpasti pemilik dompet itu. Ternyata dia amat gembira apabila bertemu pemiliknya. Nampak lebih gembira dari kawan Yong. Semua benda, termasuk wang (dalam USD) tidak diusik!

Jepun ialah negara ketiga paling selamat di dunia. Ya, benar-benar selamat.

Malaysia negara nombor 19 paling selamat di dunia. Kira okay lah tu, Kan, kan, kan?

Baru-baru ini kereta Yong kena umpil. Percubaan mengumpil ini Yong sedari apabila nak buka boot kereta. Mungkin si pengumpil nak curi laptop. Yong pun dah cuai. Simpan laptop dalam boot. Si pengumpil sebenarnya telah gagal mengumpil kereta. Entah kenapa gagal tak tahulah. 

Alhamdulillah dia gagal. Tapi Yong terpaksa ganti benda ini:

LEVER YANG PATAH, TAPI KENA GANTI SEMUANYA
Lever pembuka boot dah patah. Tapi boot masih belum boleh dibuka. Memang security kereta ni best in the world. Yong terpaksa berpisah dengan RM500 untuk mengganti benda tu. Aduhai...terbang duit untuk beli baju, tudung, kasut raya dan duit raya budak-budak! Huhuhu!

Piem 1Malaysia kata tak nak laksana hukum hudud. Biarlah! Rumah saja yang terbakar kat dunia ni, bukan orang!

Malunya Malaysia yang ramai umat Islam, tapi kalah dengan Jepun yang dulu amat zalim semasa perang Dunia Kedua!

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Gua rasa Malaysia masih selamat... sebab.. kalu Kerajaan rasa seseorang itu tidak selamat... kerajaan akan tahan orang itu dan masukkan dibawah ISA... supaya orang itu selamat.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Hanya di Malaysia ada Awang Selamat. Sebab tu selamat. ISA tu dalam bahasa Melayunya Akta keSELAMATan dalam Negeri. Kira selamat le tu.

      Delete
  2. A'kum

    Kereta saya kena kat masjid lagi you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob Moundweller,

      Astaghfilrlah, memang jahat demer ni. Kita payah cari rezeki halal. Demer senang-senang jer nak curi! Sebab tu Islam kenakan hukum berat si pencuri nih.

      Delete
  3. takziah
    nasib baik dia fail
    mungkin ada org nampak dia terus blah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau Yong nampak dan sergah dia entah apa pulak terjadi.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.