Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 8 August 2012

CERITA AWEK BOSNIA TENTANG EIDUL-FITR

MUSLIM BOSNIA SEDANG SOLAT DI MASJID SARAJEVO. MUSLIM BOSNIA MENYIMPAN BENDERA IMEJ ISLAMNYA WALAUPUN NEGARANYA ADA BENDERA LAIN.
Dekat raya ni Yong teringat pertemuan dengan seorang awek Bosnia dalam satu persidangan di Istanbul. Mulanya Yong tak perasan si awek ni orang Bosnia. Dia nampak macam awek Mat Salleh lain. Kebetulan kami duduk makan di meja yang sama. Ketika makan desert, dia menceritakan bezanya baklava Bosnia dan Turki. 

Nama awek ni Ida. Sembang punya sembang, tahulah Yong rupanya Ida bekerja di satu jabatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terletak di Belanda. Ida lari bersama ibubapa ketika dia masih kecil ke Belanda kerana masalah ethnic cleansing yang dilakukan oleh gerombolan Serbs. Jadi Ida dibesarkan di Belanda. Akhirnya dia dapat kerja di United Nation. Di sebabkan tempat kerjanya jauh dari tempat ibubapanya, Ida tinggal berasingan. Katanya hidup dalam masyarakat bukan Islam amat sukar. Lebih-lebih lagi apabila ingin melaksanakan perintah Allah, seperti makan makanan halal. Katanya dia sering jadi vegetarian.

Satu kisah menarik diceritakan Ida ialah ketika di bulan Ramadhan. Ketika dia memberitahu rakan sekerja hasratnya untuk bercuti, kawannya hairan kerana dia bercuti bukan waktu orang lain bercuti (misalnya summer atau Christmas). Begini cerita Ida:
  • IDA: I want to celebrate Eidul-fitr with my parents. My mum makes the most tasty baklava!
  • FRIEND: But Eidul-fitr is for Muslims!
  • IDA: So?
  • FRIEND: So your parents are Muslims?
  • IDA: Yes.
  • FRIEND: So, are you a Muslim, too?
  • IDA: Yes.
  • FRIEND: But you are White!
  • IDA: So?
Kata Ida, ramai warga muda Bosnia yang tinggal di luar negara dan jauh dari orang tua, lupa tentang signifikannya Ramadhan. Tapi Ida berusaha untuk terus menyemarakkannya, walaupun sukar.

CONTOH BAKLAVA, GECOR AYOR LIOR, WEH!
Moral cerita:
Pertama, walaupun United Nation itu berbilang kaum. Tapi stafnya ramai yang bangang tentang Islam. Mereka sangka Islam itu untuk orang Arab. Mereka yang berkulit putih tidak boleh jadi orang Islam! 

Kedua, umat Islam Bosnia selama ini khayal dengan keduniaan sehingga mereka dikejutkan dengan tindakan dahsyat gerombolan kafir harbi Serb laknatullah! Kini mereka telah merdeka dan sedang berusaha untuk memulihkan Daulah Islam di Bosnia. Tapi perjalanan mereka masih penuh dengan ranjau dan duri.

COMELNYA ANAK MAT SALLEH BOSNIA SOLAT 
JIKA KITA SOKONG PEMIMPIN YANG MENDAMBAKAN ARAK, JUDI, MAKSIAT DAN KEKAYAAN DUNIA, SAMALAH KITA SEPERTI PEMIMPIN ITU!

6 comments:

  1. sama la Yong otak mereka dgn org kat M'sia ni..
    asal melayu je islam... asal islam je mesti melayu
    sempit punya pemikiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam solo mum,

      Masa Yong di UK, ada yang heran dengan warna kulit Yong. Ada antara demer ingat orang Malaysia sama dengan orang di Papua New Guinea. Aduhai...Jadi ramai demer ingat Yong dari "the Gulf" (kawasan teluk Parsi). Geli hati dengan kebangangan Mat Salleh ni. Tak perasan ke hidung Yong tak macam hidung Arab/Parsi pun. Heheheh.

      Delete
  2. Ada orang melayu islam tapi perangai macam arab jahiliah...

    ReplyDelete
  3. DeeDee Yong...

    Ader satu lagi statement....

    Asal mamak jer islam... asal Islam jer mamak.... hahaha

    (hehehe... tak semua kedai mamak tue milik orang Islam)...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Bila pulok Nallakarupan tu jadi islam? Kahkahkah!

      Delete
  4. Seperti Ridhuan Tee, nak jadi Islam mesti jadi Melayu.

    KLIK undi DAP haram, undi rasuah?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.