Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 3 August 2012

NAK TANYA 14 SOKLAN KAT TOK MUFTI PASIOR BERDENGUNG...

Yong sebenornya dah lamer nak tanya soklan ni kat tok Mufti Harussani. Tapi Yong asyik tangguh jer, sehingga timbulnya gambor ini. Yong ambik gambor ni dari blog ASD di sini. Beberapa blog lain juga dah upload gambor ni di Internet. Maknanya dah ramei tengok gambor ni. Katanya gambor ni diambil dalam satu program BN di masjid.

CIK KAK DAPAT HADIAH DARI SIAPA TU? 
Komer yang kata program ini anjuran ameno dah silap. Program ini anjuran BN. Tengok logo dacing ditanda bulat. Itu logo BN. Logo ini ialah logo parti gabungan berbilang kaum, termasuk parti harbi MCA yang tak sudah-sudah menghina Islam dengan memperlekeh hukum hudud. Maknanya, hadiah yang diterima cik kak dan makcik tu ialah hadiah yang turut disumbang oleh parti porno kafir harbi MCA.

SOI LEK TAKUT BISNES PORNO, JUDI DAN ARAK TERJEJAS (SUMBER
Oleh kerana itu Yong nak tanya 14 soklan pada tok Mufti Harussani, sempena 14 orang Mufti kat Malaysia. Tok Mufti dah haramkan banyok benda kat 1Malaysia ni. Tapi banyok lagi hal yang buat Yong fenin. Soklan Yong ialah:

Soklan 1: Islam itu apa maknanya?
Soklan 2: Politik itu apa maknanya?
Soklan 3: Dalam Islam tu ada politik tak?
Soklan 4: Amanah itu apa maknanya?
Soklan 5: Hukum hudud itu hukum apa?
Soklan 6: Hukum hudud itu baik atau tidak untuk umat Islam?
Soklan 7: Menghina hukum hudud itu apa hukumnya?
Soklan 8: Kalau PAS pilih hudud, UMNO tolak hudud, tok Mufti pilih yang mana satu?
Soklan 9: Kalau BN boleh kempen kat masjid, kenapa PR tak boleh?
Soklan 10: Apa beza antara MCA dan DAP?
Soklan 11: Apakah hukum menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya?
Soklan 12: Bolehkah orang Islam mengundi pemimpin Islam yang menolak hukum hudud?
Soklan 13: Apa hukumnya orang Islam mengundi parti yang asyik menghina Islam?
Soklan 14: Bolehkah kita percaya kabar dan janji orang yang *fasiq?

*Baca disini untuk maksud fasiq.

8 comments:

  1. Replies
    1. Salam Myusman
      Siapa lagi yang kita nak harap menjaga kecucian Islam ini kalau bukan mufti? Takkan nak harap ulama muda umno?

      Delete
  2. ada satu lai Yong dema nok tanye... soklan tambahan Yong... datok mopti ni nak masuk syurga ke nak masuk neraka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Otaklunyai
      Berat soklan ni

      Delete
  3. teman lagi pandei meberi jawaban dari mufti-mufti ni jawab nye orang perak tak kate pasior deme kate sembae oh silap jawanye tak kira sunnah ke feqah tarikat ke kalau dia dia mengabil sebagian untuk kepetingan dunia jawab nya fasiq bab ni ramai melayu celup keluar aqidahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yeop

      Terima kasih kerana menjelaskan istilah pasior tu. Yong 15 tahun di Sabah, jadi banyak istilah Perak ori Yong dah luper. Banyak tahun diluar negara. Sekarang ni baru balik. Apapun orang kampung Yong sebut pasior gak.

      Sebut pasei fasiq ni, Yong amat takut. Nauzubillah. Semoga kita umat Islam di Malaysia sentiasa dilindungi Allah

      Delete
  4. Susah nak kata tok mufti ni masuk syurga ke neraka.. cuma Nabi pernah beritahu golongan ugama yg bersekongkol dengan kezaliman akan masuk neraka lebih dahulu daripada golongan musyrikin.

    Sesetengah mereka dipergunakan untuk menghalalkan kemungkaran yg dilakukan pemerintah seperti perbuatan syirik memuja resmi tiang seri untuk bangunan baru. atau membisu bila pemimpin melakukan kemaksiatan seperti meluluskan lesen judi, lesen arak atau mmbiarkan isteri membuka aurat di khalayak ramai. Sedang mereka amat prejudis dengan orang yang ikhlas enyampaikan ilmu di rumah-rumah Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Robertocarlos
      Terima kasih kerana singgah di rumah Yong yang tak seberapa ni. InsyaAllah kita akan menang dan membuka ikatan yang membelenggu institusi Islam di Malaysia. Allahuakbar!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.