Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 17 August 2012

NASHARUDIN MAT ISA "BELASAH" SOI LEK

Mungkin dalam mimpi kot kita boleh dengar Nasharudin Mat Isa "belasah" habis-habisan pelakon porno ini kerana perbuatannya menghina Islam. Tapi saper nak mimpikan mamat nih? 

Hebat betul Nasharudin Mat Isa. Dia bukan siapa-siapa. Nama dia tak perlu tersenarai dalam TIME Most Influencial People untuk jadi orang yang berpengaruh! Tapi piem tetap memerlukan dia perkenalkan kepada "ulama" untuk bincang hal berkaitan umat Islam se dunia! Hahaha! piem pun tak sehebat dia dalam dunia politik Islam!

Tak cayer? Kalau komer dengar dengan teliti video ini, apa yang tersirat dengan kenyataan Nasharudin Mat Isa? Huh, siapa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz di mata dunia Islam berbanding dengan mamat ni? Bincang tentang masa depan umat Islam se dunia Nasharudin Mat Isa lagi hebat! Bincang hal parti tak heran weh! Wah! Wacayalu!

Tentang isu hudud pula, semua ahli PAS tahu mulut cabul Karpal Singh. Semua orang ameno tahu mulut cabul Soi Lek. Mereka spesis yang sama. Hanya terdapat dua perkara yang membezakan Karpal Singh dan Soi Lek:
  1. Perbezaan kaum - Karpal Singh kaum Sikh tak pakai serban. Soi Lek Cina.
  2. Karpal Singh dibenci oleh ameno. Soi Lek disayangi oleh ameno.
Jadi, kenapa Nasharudin Mat Isa tidak "belasah" Soi Lek?

Sebab Soi Lek disayangi ameno. Tidak molek mengkritik orang yang disayangi ameno.

Semua ahli PAS yang setia berjuang berlandaskan Islam tahu ameno menolak hudud!

Got my point?

Tak kira apa Nasharudin Mat Isa cakap, Yong takkan percaya dia lagi. Sebagai pengundi, Yong takkan undi dia jika ditakdirkan dia bertanding di kawasan Yong mengundi. Kalau PAS masih calonkan dia, PAS akan dapat 1 undi rosak!



10 comments:

  1. Setuju dgn yong. manusia spesis x layak jd pemimpin umah. layak utk umporno saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau pun pernah menduduki kerusi T/presiden PAS tetapi masih mentah dengan poltik UMNO.

      Delete
  2. Setuju yong, berbeza pendapat dlm jemaah mmg boleh tp ini dah lebih... Moga pucuk pimpinan pas alert ttg silent protest mcm yong nk buat ni...

    ReplyDelete
  3. nasharudin tak keluar pas kerana sayangkan isteri dia, apa nak buat walau pun hati dah terpaut kat umno tapi tak boleh buat apa2 cuma tunggu pas pecat dia aje. pas tunggu apa lagi pecat aje lah...

    ReplyDelete
  4. agak taksub disitu
    kenapa bila nak kritik PR/PAS kita kena bedal si BN dulu?
    hanya sebab depa lebih busuk, kita perlu tutup mulut tentang karpal?

    ramai makin annoyed dengan perangai/pemikiran kuno pemimpin mahupun penyokong pas kini
    nak kritik kena tunggu kena pecat, kena keluar parti bagai

    kena tunggu PAS fail baru bule kritik
    padahal kritik adalah untuk membangunkan diri
    bukan tunggu salah baru nak kritik

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang2 bukan islam komen/hentam dgn undang2 islam
      sbb mereka tak faham.... sekiranya diberikan penjelasan
      rasanya mereka tak bersangka yg tidak baik

      Delete
    2. Salam solo mum,

      Betul. Sebab tu ramai bukan Islam yang menyokong PAS!

      Delete

  5. Janji dunia berikan keindahan, keseronokkan dan keasyikan.
    Janji Allah LO di akhirat. Tak nampak walau pun ianya berkaliganda balasannya.

    ReplyDelete
  6. Orang tak biasa kena 'water cnnon' tak biasa kena ligan dgn polis, mana ada uummp didlm perjuangan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.