Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 13 September 2012

APA JADI BILA ISTERI VVIP TEMPAH BAJU?

BAJU KURUNG CAMNI TAK MAIN LER...

Kawan Yong sorang ni kami panggil L sahaja. Badannya saiz XL. Jadi dia jarang beli baju di kedai. Ada sebuah kedai jahit yang dia suka tempah baju. Dah 20 tahun dia kenal tukang jahit Cina tu. Dari saiz dia M, naik L hingga XL dia setia dengan kedai tu. Katanya pelanggan tukang jahit tu orang-orang yang hebat. Ada golongan profesional, doktor, datin dan puan sri...

Kos tempahan di kedai itu meningkat mengikut nilai duit kita ler (ekonomi negara).

Pada satu hari dia terkejut apabila harga tempahan tiba-tiba meningkat dari RM150 sepasang menjadi RM250 sepasang. Setelah ditanya baru lah dia tahu rupanya seorang isteri VVIP telah menjadi pelanggan dia!

Hahaha...ini isteri VVIP yang sama dalam N3 terdahulu Yong!

Menurut tukang jahit itu, dia kenakan upah jahit tidak kurang dari RM300 sepasang bagi baju kurung biasa untuk isteri VVIP ni. Jika ada lining harga akan double. Hampir semua baju isteri VVIP ini ada lining kerana kain yang halus! Jika baju kurung modern ada paten tertentu, harga pun meningkat. Jika ada sulam...fuyooh!!! Harga melambung lagi.

Kata tukang jahit itu kos operasinya meningkat. Ini kerana sekarang dia terpaksa mengubahsuai kedainya ikut stendad butik dan mengupah tukang jahit lagi untuk pelanggan biasa. Bagi pelanggan baru ini dia yang handle, sebab risikonya besar. Isteri VVIP ini sangat cerewet. Bukan itu sahaja. Kainnya semua mahal-mahal belaka dan dibeli di luar negara seperti di Dubai, Paris dan sebaginya. Kalau silap, macam mana nak ganti? Isteri VVIP ni sentiasa nak cepat siap kerana ada banyak "function" (jamuan). Dia tidak mahu kelihatan memakai pakaian yang sama dalam dua "function" yang berbeza. Pendiknya isteri VVIP ni memang berlagak!

Oleh kerana L dah lama kenal tukang jahit ini maka L dibenarkan melihat tempahan isteri VVIP ini. "Takde cantik mana pun" Kata L.

Yong gelak guling-guling dengor cerita L. Nak kata padan muka pun ada. Dah lama Yong ajak dia pindah ke tukang jahit Yong, orang Kelantan ni. Tapi dah nak stendad sangat, ambik ko. Yong tempah baju harganya cuma RM60 jer sepasang jika tiada lining. Kot tempah kat kakak ipar di kampung, cuma RM25 hingga RM30 sahaja. Tapi sebab kakak ipar sibuk dengan urusan Muslimat dia, baju lambat siap! Jadi Yong hantar ke tukang jahit jer.

Yong sebenarnya tahu menjahit. Tapi malas! Hehehe...

Apa sangat le harga tempahan untuk sepasang baju kurung tu berbanding dengan harga baju sukan dalam kes berikut ni. Boleh tengok dan baca di blog Dr Halimah

RM158,000 BAHAGI 40 JADI BERAPA?
Yong memang taknak bersahabat dengan golongan yang suka rasuah, membazir dan salahguna kuasa! Jadi, Yong amat hairan bagaimana ulamak-ulamak tertentu di 1Malaysia ni boleh jadi geng demer, lepas tu tak boleh nasihat demer pulok?

6 comments:

  1. Patutla sanggup berbunuh-bunuhan kerana berebut nak jadi calon... Mona Fandey jugak yang untung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Tepat sekali. Yang jumpa bomoh pun ramai gak!

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Yong tau dak satu peribahasa Melayu lama nih... "mahal tali daripada kerbau" .... hahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Mungkin kerbau boleh tukar ke lembu? hehehe

      Delete
    2. Ada pepatah lain berbunyi "MAHAL RANTAI DARI BEROK"

      Delete
    3. Salam HaNi

      Peribahasa ni pun sesuai jugak. Lebih-lebih lagi untuk yang suka menyimbah cat merah kat bas tu.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.