Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 12 September 2012

HARAMKAN MEREKA SEPERTI MANA KITA PERNAH MENGHARAMKAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM): ZAINI HASSAN

Sedap mulut Zaini Hassan, pakar spin utusan yang meloyakan menghasut supaya NGO-NGO yang tak sehaluan dengan BN diharamkan.

Apa erti demokrasi jika tiada siapa yang dapat menegur kerajaan? Jika PR memerintah, NGO-NGO juga yang akan jadi mata dan telinga kerajaan kerana kedudukan mereka diluar kerajaan membolehkan mereka “melihat” gambar yang lebih besar (big picture). Badan-badan NGO adalah entiti kritikal yang menghidupkan demokrasi! 

Siap dia mengampu Mahathir, katanya: 

Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat ‘ilham’ dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini. 

Sebenarnya pakar spin itu sengaja lupa bahawa “kuasa asing” itu, yakni George Soros sudah menjadi kawan manusia yang mendapat ‘ilham dari langit (Ayah Pin?) itu (lihat Gambar 1).

GAMBAR 1: GEMBIRA BERTEMU "MUSUH"?


Dr Mahathir sendiri telah membuat pengakuan Soros tiada kaitan dengan kemelut ekonomi Malaysia lewat tahun 90an (Gambar 2). Mahathir dah cakap sejak tahun 2006 lagi!

GAMBAR 2: INI CERITA APA?

Artikal ada di sini

Zaini mengakhiri tulisannya: 

Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing. 
Jika kita gagal bertindak kali ini, kitalah yang akan ke lubang kubur! 

Ayat terakhir pakar spin itu membayang ketakutan yang amat sangat sehingga sanggup menilik bahawa nafas terakhir BN amat dekat. Cara menyambung nafas itu hanya dapat dilakukan dengan mencabut sekelumit benih demokrasi yang masih hidup! 

Adakah bagi Zaini Hassan, perbuatan membaling kasut di masjid itu sopan? Pelik betul pemikiran pengamal media ameno ini. Pengamal media seharusnya bersikap terbuka, bukan jumut! 

Sedap mulut Zaini Hassan menghasut (yang tersirat) supaya NGO-NGO pro-BN meneruskan tindakan agresif mereka ke atas usaha PR untuk menukar kuasa hegemony BN! 

Dengan penerusan kuasa itu rahsia pembunuhan Altantuya akan tertutup. Bagaimana scorpene (sudah boleh tenggelamkah) boleh melambung harganya berbanding dengan harga yang dibeli India dan Chile tidak akan diketahui! Skandal PKNZ dan NFC akan disenyapkan.

Kalau geng yang masih teringin berpeluk dengan ameno itu masih tidak nampak kebobrokan pemikiran yang jumut ini, Yong tak tau nak cakap apa lagi. 

Bagi yang nak baca sendiri rencana pakar spin ameno ini baca di sini. Tak payah buang duit beli, weh!

3 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Kalu Zaini Hassan nih tak kuarkan artikel macam tue... miss soru dier la... hahaha... Boleh kena pecat dier kalu tak defend UMNO... hahaha... nak buat camana... duit punya pasai.... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Minta sdr Zaini Hassan ulas isu kenderaan RIV yg dibangkitkan Sultan Johor. Apa beliau nak spin agaknya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.