Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 22 September 2012

EKONOMI PULIH, RAKYAT BELI DUA EKOR SOTONG RM8.00 SAHAJA, ISTERI PM BOLEH PAKAI JAM TANGAN RM++..SAHAJA. KAH KAH KAH!


Yong ingat nak buat nasi goreng kampung untuk sarapan esok. Selain ikan bilis, kalau campur dengan sotong tentu sedap. Yong pun pergi pasar, terus tuju ke bahagian pasar basah. Yong masukkan seekor ikan tongkol kecik dan dua ekor sotong yang kecik (ikut standard orang Sabah, sebab kat sana sotong saiznya besar) ke dalam raga. Peniaga timbang. "RM16.00, kak," Katanya.

Yong terkejut beruk! Macam mana rakyat nak hidup kalau macam ini harga barang makanan?

"Berapa harga sotong?" Yong tanya.

"RM8.00 kak" Jawab peniaga.

Isteri piem dikabarkan memakai jam tangan yang nilainya boleh mencecah RM350,000. Sapa minat nak tengok dan baca pergi ke blog keadilandaily.

YANG INI BERAPA PULAK HARGANYA? ROSMAH MEMAKAINYA DALAM PROGRAM WASATIYYAH ALA AMENO BACA CERITA (DI SINI DAN SINI)

Gaya hidup mewah pemimpin ameno dan keluarganya amat menjengkelkan! Lebih-lebih dalam era piem 1Malaysia menyeru rakyat supaya berjimat cermat, berwasatiyyah sementara BN mengamalkan pemerintahan maqasid syariah, jihad dan infaq!

Yong tidak pernah terbaca tentang kehidupan seorang piem Malaysia yang begitu hipokrit sejak zaman Tunku Abdul Rahman!

JOM TOLAK BN SELAMANYA!

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Kat Kemaman nih ikan tongkol bersaiz besar cuma RM8 jer ...

    Dan... sekilo sotong yang besar cuma RNM16 jer... hahaha...

    Tapi still gua rasa mahal.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Aper? kat Kemamang harga ikan tongkol dan sokong macam tu? Patutle tak tukor ketua kerajaan pun takpe! Kami kat bandaraya dah nak semput nih! Kami nak tukor ketua kerajaan!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.