Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 11 September 2012

NASHARUDDIN MAT ISA PATUT JADI PRESIDEN PAS

Ameno menangis? Iyakah?

Yong singgah ke blog-blog ameno.

Oh tidak! Mereka tidak menangis. Mereka berpesta mengutuk Tuan Guru Nik Aziz dan Mat Sabu kerana Nasharuddin Mat Isa tidak diambil tindakan! Sampai ada yang ghairah mensarankan Nasharuddin Mat Isa jadi Presiden PAS.

Tak percaya? Ini buktinya. Berikut tulisan blogger ameno MPP online:

Dengan keputusan Majlis Syura PAS untuk tak ambil sebarang tindakan pada Nasharuddin Mat Isa, ini bermakna bahawa Majlis Syura menyokong penuh bekas Timbalan Presiden Pas tersebut.. 

Korang kena ingat, Nasharuddin didesak supaya dikenakan hukuman diatas sebab beliau mengkritik Karpal Singh yang menolak hukum Hudud.. 

Nasharuddin juga didesak supaya dihukum kerana ada hubungan baik dengan Najib serta beberapa pimpinan Umno yang lain.. 

Tapi kenapa Majlis Syura menolak untuk hukum Nasha? Dan kenapa Majlis Syura Pas langsung tak bincangkan pasal perangai Nasha tu dalam mesyuarat dorang semalam? 

Jawapannya senang je beb.., gua rasa Majlis Syura Pas pun setuju Nasharuddin kritik Karpal Singh.. Majlis Syura Pas pun setuju Nasharuddin baik dengan beberapa pemimpin tertinggi negara.. 

Dan yang paling penting.., Hadi Awang selaku Presiden Pas sendiri pun seolah-olah ada pendirian yang sama dengan Nasharuddin.. Cuma Hadi Awang takut untuk nyatakannya secara terbuka.. 

Didalam mesyuarat Majlis Syura semalam.., semuanya dah terbukti.. Nasharuddin Mat Isa ada pengaruh besar dalam Pas.. 

Nasharuddin Mat Isa disokong kuat oleh golongan ulamak.., dan bekas Timbalan Presiden tu dapat 'restu' dari Hadi Awang sendiri.. 

Gua nampak.., ada silent majoriti dalam Pas yang setuju dengan idea Kerajaan Perpaduan yang selama ni dipelopori oleh Nasha.. Cuma dorang semua tak berani nak tunjuk didepan umum.. 

Dan dengan keputusan Majlis Syura tersebut, nampaknya ada banyak pihak dalam Pas tak suka dengan DAP... Cuma Nik Aziz dan mat Sabu je yang sanggup jilat kerandut telor puak kafir harbi tersebut demi kuasa.. 

So.., pada pandangan peribadi gua.., Nasharuddin lebih layak jadi Presiden Pas seandainya Hadi Awang letak jawatan.. 

Mana ada pemimpin Pas yang konsisten perjuangkan Islam seperti Nasharuddin? Nak harapkan Mat Sabu.., jadi kaldai komunis boleh la mangkuk ayun tu beb.. Hahahahaha...
---------------------------------------------------------

Tajuk N3 kali ini adalah tajuk N3 blog ameno tersebut. Itulah yang lahir dari hati perut mereka. Bukan main dia puji Nasharuddin sampai dikatakan lebih layak mengambil alih jawatan Presiden PAS!

Adakah tulisan MPP ini hendak menutup kekecewan kerana Nasharuddin tidak dipecat? Komer nilai sendiri.

Ameno hanya akan menangis bila kalah dalam pilihanraya.

Ya ampuuun. Yong tak buat link. Kalau minat cari sendiri.


ADAKAH NASHARUDDIN KELIHATAN CERIA? LOOK AGAIN!

Yong harap inilah N3 terakhir Yong tentang Nasharuddin. Kerana Yong pun dah bosan dengan karenah mamat ini.

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Kalu Yong baca artikel dalam blog gua... tak pernah gua tulis suruh PAS pecat Nasharuddin Mat Isa... gua cuma suruh PAS amik tindakan jer... hahaha...

    Tapi biler tindakan apa-apa pon tidak diambil... err... lu orang boleh agak la aper sebenarnya berlaku dan aper yang disahkan berlaku..

    Aper pon gua pon maleh la nak citer bab Nasharuddin Mat Isa nih... aper yang gua nak citer akan datang berkisar dengan isu bertanding tapi tak mahu menang... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong tak pernah tulis Nasharuddin patut dipecat. Tapi, apapun dia wajar dikenakan tindakan seperti yang telah dikenakan pada Hassan Ali dan Khalid Samad dahulu. Tapi bila takde apa-apa menjadikan seolah-olah persepsi blogger MPP itu benar.

      Tindakan ini memberi peluang kepada ameno memperlekehkan TGNA dan Mat Sabu. Inilah yang menyedihkan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.