Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 11 September 2012

ISTERI VVIP BERBELANJA GUNA CASH, DUIT DATANG DARI MANA?

SET KARAOKE "MUST HAVE" DI RUMAH PEMIMPIN AMENO

Kawan Yong, Nyonya ajak lunch. Dah lamer tak jumpa. Yong gembira kerana kawan Yong nampak sihat. Wah! dia baru balik dari New Zealand menengok cucu sulungnya. Bukan main bangga dia tunjuk gambar cucu kiutnya dalam handphone!

Kali ini Nyonya bercerita tentang seorang isteri VVIP ameno pergi shopping di kedai litrik kawannya. Hebat betui isteri VVIP ni. Dia tunjuk je, pembantu kata "Masuk kotak." Lepas satu, satu dia tunjuk.  Beberapa set karaoke, TV, sistem home theatre dan macam-macam alat media hiburan electronic yang canggih. Time kira dah masuk ratusan ribu! Pembantu signal dreba bawa beg. Dalam beg penuh dengan duit! 

Pekedai minta guna cheque tunai. Dia percaya VVIP ni tak mungkin guna cheque tendang. Sebab pekedai biasa berurusan dengan pembeli kaya. Biasanya gitu. Bila cheque tertunai, barang baru dihantar. Tapi pekedai kena marah pula. Ada pulak nak cheque? Tunai kan lagi baik.

Sebenarnya hari dah petang. Bank dah tutup. Cash ini menyukarkan pekedai untuk simpan. Ia menimbulkan masalah keselamatan. Nak simpan di kedai, bahaya. Apa jadi kalau kena rompak? 

Kata Nyonya, isteri VVIP itu guna tunai untuk mengelak dari dikesan JHDN dan SPRM!

Ini kan perkara biasa bagi pengamal parti syaitan! 

Tak caya, cuba ingat balik kes berikut:

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain berbelanja lebih RM1 juta untuk lawatan seminggu ke Perancis dan Maghribi pada 2004. 

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai. 

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini. 

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: 
  • Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji. 
  • Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. 
  • Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000. 
  • Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000. 
Persinggahan empat hari di Dubai menelan belanja tambahan sebanyak RM10,000. 

Kesemua perbelanjaan telah dibiayai oleh syarikat pelaburan negeri Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB). 

Butiran itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Khairiyah Abu Hassan di satu sessi enkuiri hari ini. 

Minggu lepas, Khairiyah mengakui mempunyai hubungan yang rapat dengan isteri Khir Toyo, Zaharah. 

Beliau berkata tidak ada jawatankuasa PNSB untuk menyemak mana-mana "permohonan" untuk pembiayaan atau bagaimana wang telah dibelanjakan. 

Khairiyah menambah kesemua permohonan diluluskan lembaga pengarah PNSB secara kolektif. 

Baca seterusnya di sini

Itulah perangai pemimpin parti syaitan dan keluarga mereka. Jantan betina, seroper jer. Jadi, adakah Yong hairan jika kereta RIV harga RM150,000 jadi RM690,000?

MODEL KENDERAAN INI KATANYA BERHARGA RM150,000 DAH JADI RM690,000

Tapi Yong tetap hairan macam mana ostad-ostad/ulamak begitu teguh mempertahankan parti syaitan yang keroje asyik rembat/curi duit rakyat ni? Lebih menghairankan lagi jika ostad-ostad/ulamak parti syaitan ini disokong pulak oleh ulamak yang katanya konsisten memperjuangkan hudud!


2 comments:

  1. kah3x..mahaDeath adalah ketua black metal malaysia yg menyokong seytan sebg penolong mrk, jadi klau anak buah depa mcm seytan apa nak diherankan..haram tu halal yang halal tu haram bagi depa.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.