Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 20 October 2012

AKHIRNYA DR MAHATHIR MENGAKU PERPECAHAN ORANG MELAYU ADALAH KERANA PEMIMPIN UMNO!

PECAT ANWAR BUKAN PUNCA MELAYU BERPECAH: KATA DR MAHATHIR

Yong setuju dengan pandangan Dr Mahathir tentang siapa yang menjadi punca Melayu berpecah.

Tak sangka. Akhirnya ada sesuatu yang disebut oleh Chedet Yong setuju. Komer nak marah Yong, marah ler. Apa yang Dr Mahathir sebut itu betul. Punca perpecahan orang Melayu adalah natijah dari tindakan pemimpin-pemmpin UMNO. Ia tidak ada kena mengena dengan PAS atau pun PKR!

PERPECAHAN INIPUN TAKDE KENA MENGENA DENGAN PAKATAN PAS DENGAN PKR DAN DAP.

Geng yang masih terliorkan UG dengan UMNO buka mata, telinga dan hati komer!

Orang yang mengasaskan UMNO BARU mengaku sendiri akan perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO sejak dulu lagi! 

Yong petik kenyataan ini dari Berita Harian (2012/10/19 - 07:22:20 AM) seperti berikut:

Bekas Perdana Menteri itu berkata, setiap orang boleh mempunyai pendapat sendiri, tetapi hakikatnya perpecahan Melayu berlaku sejak awal negara mencapai kemerdekaan. 

“Ia bermula apabila Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya bukan Melayu dibenarkan menyertai UMNO. . .Apabila cadangannya tidak diterima, beliau keluar lalu menubuhkan Parti Negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Bicara Negarawan sempena Seminar Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini semalam. 

Dr Mahathir berkata, perpecahan kedua berlaku apabila kumpulan ulama dalam UMNO keluar parti untuk menubuhkan PAS selepas permintaan memegang 10 kerusi ditolak. Perpecahan berikutnya berlaku apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 selepas tewas dalam perebutan kerusi Presiden UMNO. 

Cuma Yong ingin tambah maklumat yang orang Melayu UMNO mudah lupa.

Parti Melayu yang pertama ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945, bukan UMNO.

SUMBER CHEGUBARD

Tetapi kita telah dinafikan peluang untuk mengenali parti PKMM kerana pemimpin UMNO bersekongkol dengan penjajah yang mengharamkan parti ini. Mereka telah menghalang Dr Burhanuddin Hilmi dari memimpin kesatuan Melayu demi merebut tahta kepemimpinan.

Pemimpin UMNOlah penyebab perpecahan Melayu!

Apabila Hizbul Mukminin ditubuhkan pada tahun 1948, pemimpin UMNO sekali lagi bersekongkol dengan penjajah menangkap pemimpin-pemimpin parti ini dan mengharamkannya. Salahkah jika ulama yang tidak tahan dengan kepura-puraan UMNO ini keluar parti dan menghidupkan semula Hizbul Mukminin melalui penubuhan PAS?

Pemimpin UMNO adalah dalang perpecahan Melayu!

Dulu, kini dan selamanya UMNO bukan sahaja memecah-belahkan orang Melayu, tetapi seluruh perpaduan rakyat Malaysia!

MASIHKAH KAMU INGIN MEMADU KASIH DENGAN PARTI YANG ADA PEMIMPIN2 SYAITAN YANG DIKENALI INI?

12 comments:

  1. A'kum Yong

    Kalau dah berak merata, sape nak ngaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Hehehe...demer asyik tersyasyul-syasyul jer ler...Last last terjerat diri sendiri!

      Delete
  2. Salam,
    Rasenye tak berapa sesuai je nama Program Bicara Negarawan tu! Masihkah Madey ni layak dianggap sebagai Negarawan setelah sekian banyak pandanganya dan tulisannya menunjukkan betapa dia sebenar punya fikiran sempit dan rasis menerusi Perkasam? Negarawan tidak bersikap seperti Madey nih!Negarawan patutnya melihat soal perpecahan rakyat berbilang kaum lebih utama dari dok sibuk tentang perpecahan melayu yang penyebabnya ialah UMNO dan pemimpinya termasuklah 'Negarawan' tu sendiri! Onn Jaafar dianggap pemecah melayu sebab tubuh parti negara,Ku li sebab tubuhkan semangat 46,Ulama punca perpecahan melayu sebab tubuhkan PAS,Anwar sebab tubuhkan PKR....oh ya ada GAPS antara penubuhan semangat 46 dan PKR...oh dah ingat.... sejak penubuhan UMNO baru oleh 'Negarawan'inilah perpecahan melayu dalam UMNO dan luar UMNO makin menjadi jadi! Sebab 'negarawan' ini bukan melayu ori. So perpecahan melayu baginya apa adehal...apa punya turrrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sizzly

      Yong tek pernah iktiraf pun dia tu negarawan!

      Negarawan dalam bahasa Inggerisnya "Statesman." Maknanya dia mesti seorang pemimpin besar negara. Takat pencen PM tak semestinya dah jadi negarawan. Itu pandangan Yong. Kalau itu kreterianya, Pak Lah pun boleh dipanggil negarawan!

      Raserna Tok Wan (atok Yong) lagi berjasa dari negarawan ini.

      Delete
  3. Salam,
    Ana sememangnya dah lama dah dok pesan kat depa nie treutama che det kita yang dah lupa diri tu, yang perkataan UMNO sediri adalah kesinambungan dari penjajah, cuba penuhkan makna UMNO tu dalam bahasa melayu, adakah ia bermaksud untuk nak tolong orang melayu, atau pertubuhan untuk orang melayu, itulah sebabnya dah 50 tahun merdeka tapi bahasa melayu sendiri lintang pukang,sebab yang dok proses bahasa melayu sediri tak faham maksud UMNO tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sabina

      UMNO Melayunya PEKEMBAR. Demer kembar dengan penjajah. Sebab tu masa mula nak merdeka hingga merdeka demer bersungguh2 membenteras kumpulan yang tak sehaluan dengan demer. Sehingga pemimpin seperti Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaacob dan lain-lain seolah2 takde sumbangan pada kemerdekaan Malaysia.

      Penipuan UMNO tentang kemerdekaan ini kena didedahkan!

      Delete
  4. Salam Yong, terbaeeeekkkk...!!! Berkobar- kobar semangat teman baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Yong suka sangat bila dengaor orang Johor dah berubah. Jangan komer asyik kena temberang UMNO ajer!

      Takbir!

      Delete
  5. DeeDee Yong....

    "Bersatu kita teguh...... Bercerai kita kawin lagi" .... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Banyak perceraian berlaku kerana gagal menangani fitnah, yob. Belajarlah dari pengalaman orang yang lebih dahulu dari kita.

      Sebab tu Yong selalu tegur Nasharuddin Mat Isa supaya dia insaf!

      Kahwin lagi tak dapat selesai masalah. Kekadang isteri/suami baru lebih teruk dari yang lama.

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Pandai Yong tangkap gua punya metafora.... hahaha... syabas....

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  6. kalau dah tahu banyak berlakunya penipuan dan penkhianatan telah dilakukan sehingga memporak perandakan keadaan, semua bangsa harus musabah dir sebab telah dikelirukan disebabkan tamak haloba dan serahkah dalam diri orang yang di amanahkan agar dapat menjaga kepentingan rakya'at dan kedualatan undang2,kedualatan raja2 dan keagungan agama islam dan menhormati agama lain. sebagaimana yang di sebutkan dalam perlembagaan. mudaha2n bila datang masa pemilihan semua pihak harus menpastikan calon2 yang di lantik layak diberikan kepercayan bersifat jujur ikhlas dan berwibawa untok menerajui negara menberikan khidmat dengan penuh bertanggong jawap dan mampu menjaga amanah. agar maruah bangsa dan negara tak tercemar.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.