Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 12 October 2012

KEULAMAAN HANIPA MAIDIN DAN ZAMBRY KADIR

SAH MAMAT NI BUKAN ULAMA

Muhammad Hanipa Maidin seorang peguam Pas yang terkenal. Dia banyak memenangi kes. Memang hebat. Dia memiliki kelulusan undang-undang konventional dan undang-undang syariah. Baca latar belakangnya di sini.

Tapi PAS tak panggil pun dia Ustaz atau jadikan dia "ULAMA." Kenapa pula? Kerana kononnya hanya mereka yang ada pendidikan Islam secara formal boleh dimasukkan dalam kategori "ULAMA." Yang lain, mahir bahasa Arab atau undang-undang syariah (macam Hanipa), tak kira! Lalu golongan ini masuk kategori professional. 

Kerana perbezaan rigid ini juga Hassan Jati kata hanya 30% ahli PAS golongan ulama!

Agaknya 30% tu termasuk sahabat karibnya Nasharudin Mat Isa.

Ruginya Hassan Jati tak ambik bidang bahasa Arab dan perbandingan undang-undang.

Zambry Kadir pulak memiliki kelulusan PhD (Pemikiran Politik), MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama), MA (Pemikiran Islam) dan B Econs.

Kalau Zambry duduk dalam PAS mungkin dia dah dipanggil ustaz dan dijadikan ahli Majlis Syura'. Nasib baik dia duduk dalam ameno. Kalau duduk dalam PAS, lagi konfius PAS nak bezakan antara ulama dan professional.

Komer sebenarnya dah tahu siapa Mamat dalam teka teki N3 terdahulu, kan?

Tapi kalau komer iktiraf dia sebagai ulama, dakwaan Hassan Jati hanya 30% ahli PAS adalah ulama tidak benar sama-sekali. Ini kerana, pastinya ramai ahli PAS memiliki kelulusan dalam syariah, perbandingan undang-undang, politik Islam, ekonomi Islam dan sebagainya, tetapi tidak menjadikan guru agama sebagai kerjaya, sama macam Mamat ni jugak. Sebelum masuk PAS dia di sini:


Petikan ini adalah sebahagian intreview oleh Mohd Rasidi Hassan pada 31 Mac, 2006. Yong rembat dari blog Nasharudin.net. Jangan cari blog tu, kerana ia sudah ghaib. Tapi jika komer curious sangat nak tahu buah butir interview singkat itu ia masih boleh diakses di sini.

Lantak komer ler nak sangat lantik Mamat yang mengaji sekerat sana sikit sekerat sini sikit ini jadi ahli Majlis Syura'! 

Kalau belajar agama sendiri boleh jadi ulama, Tony Blair yang mengaku rajin mengaji Quran sendiri itu kita nak panggil apa pulak?

2 comments:

  1. salam,

    Senang je kak, walaupun ade org cakap mcm perli, tapi inilah yg terbaik, tolak man2 ulama yang tidak selairan dengan PAS, perkenalkan pentauliahan, klu tidak inilah masalahnya.

    KLIK Singapura pecat Cina rasis, Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merahandbiru

      Demer bertiga tu produk universiti Islam (at one point in their lives). Jadi sudah tentu ada kesamaan. Tapi Allah juga yang menentukan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.