Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 16 March 2016

AKHIRNYA PAS "MENCABUT" NYAWANYA SENDIRI? (VIDEO UPDATE)

Sebelum ini kita diberitahu oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang berkata, kerjasama politik baharu dengan sebuah parti politik pembangkang mampu "menggerunkan" Pakatan Harapan. 

Kerjasama yang dinamakan blok politik ketiga itu akan mengukuhkan kedudukan PAS (PMIP) di bawah pendekatan baharu melalui keazaman "Budaya Politik Matang dan Sejahtera" sebagai langkah pertama menghadapi PRU-14. 

Itulah yang kita baca dari pelbagai media.

Maka hari ini termaktublah kerjasama itu dengan parti Ikatan yang diketuai oleh Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

HUDUD MANA? (FMT)

Tetapi ini sudah melampau!

Mengapa ini harus terjadi?

TIADA KOMPROMI TENTANG HUDUD (MALAYSIAKINI)

Tahaluf siyasi dengan DAP putus kerana parti itu menentang hudud. 

Ia metos rupanya.

Blok Ketiga dengan hanya 2 buah parti. Salah satu daripada 2 parti itu entah apa-apa. Parti itu diwujudkan pada 7 Jun 2012 tetapi tidur sehingga 15 Mei 2015.

PAS tinggalkan pakatan yang lebih besar, gantung hudud (fikir kemudian) - sampai bila? - kerana, seperti kata Takiyuddin Hassan:

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," (malaysiakini).

Bukankah itu (menolak politik oportunis, kasar dan perkauman sempit) diperjuangkan oleh Pakatan Harapan juga?

Nak ketawa pun ada. Nak menangis pun ada. 

UPDATE:

Lihat dan dengar kenyataan kedua Presiden parti dalam video


15 comments:

  1. Assalamualaikum ayong..sahih ka kenyataan khadir syeikh fadhil tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia menafikan Yong akan post di sini.

      Delete
  2. Undi pas mcm undi bn/umno

    Undi bn/umno mcm undi pas pis puss


    Jadi akan di ingati sebagai penajahanam pas kepupusan pas... Terkuburnya pas.... Tahniah ayoh hadi ping marang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam parti itu ramai yang baik-baik dan ikhlas memperjuangkan Islam. Kesian.

      Delete
  3. Assalamualaikum Yong

    Dalam filem Madu Tiga terdapat lirik 'mesti pandai membohong, mesti pandai temberang' jika nak main kayu tiga. Last last tembelang tu pecah juga.

    ReplyDelete
  4. Salam Yong

    Ucapan Takiah pada PAS.kEPADA ALLAH KITA DATANG,DAN KEPADANYALAH KITA KEMBALI

    ReplyDelete
  5. Assalam Yong

    Nasib ler, mereka dah hilang ingatan. Harun kena halau jin yang merasuk tu!

    ReplyDelete
  6. PAS mempergunakan hudud sepertimana penjual aiskrim mempergunakan loceng, iaitu untuk menarik perhatian orang ramai. Penjual aiskrim bukanlah ingin menjual loceng tetapi hendak menjual aiskrim manakala PAS pula bukannya nak melaksanakan hudud, hanya berminat menarik undi orang islam agar melantik lebai2 mereka menjadi wakil rakyat dan ahli Parlimen yang hidup mewah ditanggung sepenuhnya oleh rakyat.

    Maka pakatan antara PAS dan Ikatan ni bolehlah diibaratkan sebagai Pakatan Penjual2 Aiskrim, sibuk kesana kesini membunyikan loceng (hudud) bukannya atas sebab ingin menjual loceng tetapi jual aiskrim (nak kaya) rupanya. memang kesian betul kat para walaun2 yang sudah kena tipu hidup2 dengan "scam Hudud" yang dijaja PAS selama ini. Semua walaun2 percaya yang mereka dijamin ke syurga sebab "menegakkan hudud" tapi lepas ni semua walaun2 agaknya rasa macam "lembu yang berak ditengah jalanraya", takdak langsung rasa malu, sebab makhluk yang memang tak berakal mana tau rasa malu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  7. Yong punya vedio selalunya sukar utk di akses...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anuariun

      Maaf le. Video ni dari application bukan youtube. Sebabnya Yong pernah letak video dari youtube tapi kejap jer dah kena block. Sejak tu Yong tak ambil video dari Youtube lagi.

      Ada kalanya video telah diedit semula sebelum diletakkan di Youtube. Itu menjadi video tidak original lagi.

      Adakalanya juga video Youtube agak lewat diterbitkan.

      Cuba guna Google Chrome. Ia lebih mudah unuk akses video dari Blog Yong.

      Apapun lepas ini Yong akan cuba include sekali video yang sama edisi Youtube.

      Senyum.

      Delete
  8. Sehari dua ni baca blog pro PH komen2 begitu byk dr biasa..blog pro pas.. komen2 kurang dr biasa..KENAPA..MEGAPA..BAGAIMANA..

    ReplyDelete
  9. Guano mu Tuang Presideng !!!!!
    Kluk klek kluk klek kluk klek.......
    Pas la ni dah jaditunggang langgang

    ReplyDelete
  10. Yong cer tanya Mountdweller site dye dah kena block ke... tak boleh d akses lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zainal Abidin

      Cer cuba ini. Tadi Yong dapat akses:

      http://mountdweller88.blogspot.my/

      Delete
  11. Pascai parti angkuh. Pascai melebar dan membesar dgn pengorbanan dan titik peluh pemimpin akademik. Ttp kerana dengki dan busuk hati golongan ostad bersemutar auta, ditendang puak akademik setandang. Nah sekarang umum sudah nampak, yg tinggal dlm pascai sudah dibelit parti sebelah. Tertipu .... pasca pru 14 terkulai pascai.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.