Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 31 October 2015

AKAN BERLAKUKAH DIALOG HUSAM - ZAHARUDIN INI?

 JADI?

Ada yang kata, buat apa nak kisah dua orang dari parti lebai sedang bergasak. Senario ini sama dengan dua orang dari parti ketuanan Melayu yang sedang bergasak.

Kita yang bukan dari parti itu tidak dapat faedah apa-apa pun.

Itulah persepsi rakyat yang dihimpit masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Dalam dialog itu nanti, jika Husam menang, adakah mangsa banjir akan dapat bantuan?


MANA BANTUAN BANJIR?

Jika Dr Mahathir menang (Najib turun), adakah tol akan turun juga?

HIDUP HANYA SEKALI BEB! 

Entah sudah berapa kali Husam menulis dalam facebooknya mengkritik Kerajaan PAS Kelantan (Baca di sini). Terkini Husam mengkritik Luham (Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi PAS). Yong copy paste untuk yang tiada akaun Facebook. 

Husam sedang merosakkan PAS dari dalam. Kenapa PAS tak pecat dia?

22 hrs · Edited · 

Luham Prejudis

Jemputan Dato Wan Mutalib selaku Pengerusi Luham untuk saya bersemuka - sangat saya alu-kan. Saya bersetuju berjumpa Luham.

2. Serentak menghulurkan jemputan terbuka, Luham telah membuat pelbagai komen yang agak berat sebelah dan memihak serta excuse yang tidak munasabah.

3. Menjelang perjumpaan - Luham perlu menjelaskan lebih lanjut tujuan perjumpaan, format, tajuk dan tata caranya. Pembantu saya akan menghubungi Dato Wan InsyaAllah.

4. Adakah perjumpaan nanti adalah semi perbicaraan?

Jika ia semi perbicaraan, Luham tidak sesuai kerana Pengerusinya telah bernada prejudis kepada saya, termasuk tajuk posting itu sendiri : 'Itu Sikap Yang Tidak Betanggung Jawab - Wan Mutalib'.

Jika ia untuk mencari duduk perkara, Luham boleh meneliti lima surat terbuka saya (asalnya sebahagian adalah tertutup) dan boleh mengambil inisiatif melakukan investigation awal dengan bertanyakan pihak yang bertanggung jawab.

Badan sehebat Luham tentunya mempunyai standing yang dihormati. Lagi pun semua pihak mesti accountable kepada parti, termasuk organ parti. Serentak dengan itu, pihak bertanggung jawab mesti juga bersifat telus. Lagi pun, kata Luham, pendengaran hendaklah dari kedua belah pihak.

Apa pula perlunya excuse : 'rekodnya adalah rahsia pentadbiran negeri' .

Sebagai bekas Exco Kerajaan Terengganu dan peguam senior, saya yakin Pengerusi Luham arif perbezaan antara minit mesyuarat yang diklaskan dan maklumat dari mesyuarat yang bersifat kepentingan awam yang boleh didedahkan oleh pihak terlibat.

Jika awal-awal lagi Luham meletakkan dirinya terpenjara, saya ragu ada manafaat apa-apa dari perjumpaan kita.

5. Sehubungan semua surat saya, apa sikap Luham jika wujud salah urus di mana-mana pihak?

6. Apakah Luham bersedia menjadi orang tengah membetulkannya?

Saya mengulangi soalan saya yang saya sifatkan dari hati sanubari saya, apa pendirian Luham terhadap isu penebangan hutan simpan secara tebang habis dan pemusnahan alam. Soalan lanjut seperti telah saya terterakan tiap satunya dalam surat saya sebelum ini???

7. Dalam konteks kelulusan tebang habis, saya fokuskan kepada keputusan-keputusan terbaru - current decision. Tuan lah yang memulakan mempersoalkan kenapa dulu saya tidak menegur yang memaksa saya mendedahkan sedikit dari lintasan lalu. Itu pun dengan penuh hemat dan jimat.

8. Ada sekurang-kurang lima surat saya kepada Kerajaan Kelantan.

Surat pertama saya ialah mengenai tuduhan saya telah mendapat konsensi balak laluan Lebuhraya KB-KK di Ulu Sat yang telah diviralkan.

Apa sikap Luham terhadap fitnah yang (mungkin) dilakukan oleh ahli PAS sendiri (saya boleh membantu Luham menyiasat) yang telah memfitnah Adun Pas???

Pada waktu itu, saya tengah uzur. Mungkin tuan tidak menyedarinya di waktu itu, hingga tiada sesiapa yang menghulurkan simpati kepada saya. Itu tidak penting tetapi dibangkitkan sekadar menunjukkan kejamnya mereka ini.

Sebelum dan menjelang Muktamar Pas, saya serta ramai lagi rakan yang lain telah difitnah bertubi-tubi.

Apa sikap Luham? Apa perkhidmatan guaman yang boleh diberikan oleh Luham pada saya?

Kalau tidak silap saya, Luham juga bermaksud melindungi hak asasi manusia.

Fitnah adalah gangguan ke atas hak peribadi manusia dan lebih lagi, hak sebagai ahli Parti Islam.

Saya menuntut Luham meneliti perkara ini dan bertindak membela pihak yang teraniaya, termasuk saya.

Sekadar satu contoh, dua anggota Jawatan Kuasa Pas Pusat sekarang pernah memfitnah saya menerusi FB mereka, bahawa saya adalah dalang di sebalik tindakan dua Adun Selangor. Mereka kini adalah AJK Pas Pusat. Adakah Luham berani?

9. Terkini, Al Fadhil Ustaz Zaharudin Muhammad, bekas Ahli Majlis Syura sedang meracau.

Apa tindakan dan nasihat Luham?

Bukankah beliau adalah menantu Presiden kita? Walaupun tindakan menantu tidak semestinya terkait dengan mertuanya, tetapi bukankah tindakannya itu boleh memburukkan imej parti dan di luar akhlak mulia.

10. Adakah Luham berpendirian, sesuatu Kerajaan itu tidak boleh ditegur?

Adakah menyembunyikan perbuatan yang merugikan adalah lebih menguntungkan kerajaan dan parti dalam jangka panjang?

11. Maaf kan saya dengan jawapan ini. Saya lebih banyak menyebut Luham dari Dato Wan kerana saya dapat mencium surat Dato mungkin dikarang oleh orang lain bagi pihak Dato. Saya percaya, jika ia karangan Dato, gayanya lebih anggun.

12. Ayat dalam para terakhir : 'Saya bersedia untuk merintis jalan bagi mengatur perjumpaan...' menunjukkan jemputan kepada saya masih dalam peringkat percubaan.

13. Apa pun, saya bersedia InsyaAllah.

14. Pada masa yang sama, saya menunggu tindakan Luham dalam isu-isu yang telah saya bangkitkan.

Salam Juma'at. Semoga keadilan, kesaksamaan dan kebenaran dapat menjadi tujuan kita bersama.

Saya sudahi dengan WalhamduliLlah, 'ala kulli hal.

Husam Musa
17 Muharram 1437/30 Oktober 2015

PAS tak mau pecat Husam. Sebabnya biar Husam keluar PAS supaya Bai'ah boleh digunakan untuk melaknatnya. Lalu dia dihukum menceraikan isterinya, sambil senyum.

Bukan Yong yang senyum yer. Komer tahu sendirilah siapa yang senyum sambil mengeluarkan hukuman itu.

Harap-harap dialog itu menjadi.

16 comments:

  1. Salam Yong..

    HUSAM? Hehehe.. sape tak tau, Pelam Harum Manissss.. luwo je hijo, dalam oren!!! Mehe tu!!!.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husam budok bijok...tanpo husam Kelantan dipenuhi oleh pemimpin kaki tidor dan merapu....

      Delete
  2. Kes royalti..kerajaan Kelantan kini tidur terus
    ..

    ReplyDelete
  3. Makin panas isu ni makin sedap lak BERPERISA HARUM MANIS /ADA PERISA KELAPA MUDA . Mesti laris .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada le yang batalkan last minute.

      Delete
    2. Bukan kelapa mudah ...tapi petai

      Delete
  4. Sekiranya ada sesiapa dalam parti lebai ingin menjemput saya untuk berdebat dengan Wan Rosli isu-isu semasa i will accept. Any where,any place and any time. tapi dengan syarat, jangan berat sebelah, mengikat tangan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Dia berani komen dalam blog jer...

      Delete
    2. Kalau mcm tu Yong, beliau bukanlah seorang pejuang Islam yang sejati.

      Delete
  5. Salam Yong,
    Betul kes perbalahan di antara Din Ayyam dan Husam Musa tidak kena mengena dengan Parti Amanah....tapi tengokkan caranya tanpa Hussam, berpestalah para ambia dan lebai-lebai semua menebang balak..."Just Chop Like That..." kata Mat Range Rover.. Sekarang ni hanya Husam saja yang berani menegur membetulkan penyelewengan.... kita support kebaiakn yang cuba di bawa Husam. Lagi banyak penipuan pak-pak lebai duniawi di dedahkan, lagi cepat PAS akan berkubur dan digantikan dengan AMANAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Mencuri balak pun boleh kena "Just chop it like that" juga. Jangan ingat rakyat marhein jer yang kena.

      Delete
  6. Harum manis ke kelapa muda ke asal jgn tolak hudud kira ok ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan rosli,
      Nampaknya kamu ni..memang jenis lurus bendol. Semua umat Islam wajib mengikut hukum Allah. Hanya, puak2 munafik shj yg mempermainkan hukum Allah.

      Kamu ni ingat senang2 ke nak kuatkuasakan hukum Allah secara main2, sikit2, sekadar ambil syarat shj..pastu, bila di akhirat saya sudah jalankan tanggungjawab saya..mcm itu aje ke kamu nak wan rosli?

      Kalau betul2lah kamu hendak suruh Pas kuatkuasakan hukum Allah minta Pas bertanding disemua kerusi parlimen 222 dan kamu banyakkan solat dan berdoa kepada Allah swt.

      Delete
  7. Manusia nak berdebat dgn ayam?
    Menang kat manusia la yong oii..

    ReplyDelete
  8. Tghh tembikai..luar hijau dlm merah..hahaa

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.