Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 14 October 2012

NASI HASSAN AKIDAH DAH JADI BUBUR

Adakah Dr Haron Din ada minta Tuan Guru Nik Aziz melepaskan jawatannya dan serah pada dia pulok?

Adakah Dr Haron Din berbunyi bahawa Tuan Guru Nik Aziz patut serahkan tanggungjawab besar sebagai Mursidul Am PAS kepadanya?

Adakah Dr Haron Din orang yang gila kuasa ingin jadi Mursidul Am?

Tak pernah terjumpa rencana yang Dr Haron Din ada cakap begitu.

Merampas kuasa bukan budaya PAS.

Ia budaya UMNO yang dicintai Hassan akidah dan yang sejenama dengannya.

Ingat lagi tak?

Tun Razak rampas kuasa Tunku Abdul Rahman.
Mahathir rampas kuasa Hussein Onn.
Pak Lah rampas kuasa Mahathir.
Najib rampas kuasa Pak Lah.
Entah-entah nanti Muhyiddin rampas kuasa Najib.

Ameno, jati baik jaga periok nasi sendiri.
Silap-silap nasi mengkomer yang terlebih ayor!
Nasi Hassan akidah memang dah lama jadi bubur.
Saper tak sior makan sampai busuk berulat!

Hassan akidah ni nyese ke dok di luar PAS?





6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Dulu masa gua pegang jawatan dalam PAS Kawasan...... sekitar tahun 90'an ... semua orang menolak kalu dicalonkan aper-aper jawatan.. pasai tabrani nak handle tanggungjawab... sebab takut nanti kalu tak handle betul.. camana nak jawab ngan Allah Taala... tue sebab gua cuma pegang jawatan tue dua tahun jer...

    La nih.. ramai yang dalam PAS dok menggila memintak jawatan.. walaupun bukan dengan secara berdepan.. ader yang guna proksi atau agen... Ini bukan budaya PAS dan mana-mana gerakan Islam.... takder budaya memintak jawatan pon dalam mana-mana gerakan Islam.... ini budaya orientalis.... budaya puak kuffar...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Betul. Dulu memang gitu. Kakak ipar Yong sampai orang sorong-sorong dia untuk pegang Ketua Muslimat kawasan. Dia terima 2 penggal (tak silap Yong). Lepas tu dia serah kat orang muda sebab dah ndak sangat. Tapi demer tetap suruh dia pegang jawatan timbalan. Katanya boleh tolong tengok2kan.

      Yong ahli biasa jer. Takat hulur sikit2 ikut kemampuan.

      Delete
    2. Gua tak mau jawatan, tapi gua mahukan tgjawab.

      Delete
    3. Salam Lee Al Peraki

      Politik wang dalam ameno halal.

      Hassan jati suka PAS jadi gitu kot.

      Delete
  2. A'kum Yong

    Hasan Ali pada hakikatnya sudah mati!
    Roh Islamnya sudah lama melayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Kalau suka berkawan-kawan dengan kerbau, err, maksud Yong lembu, gitu le jadinyer.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.