Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 25 October 2012

SYABAS TOK MUFTI KERANA BERANI KRITIK PEMIMPIN AMENO! JANGAN U-TURN PULAK!

Yong tabik Tok Mufti Tan Sri Harussani kerana akhirnya berani menegur pemimpin. Yong petik rencana itu sebiji sepeti ditulis dalam Sinar Harian:

Mufti Perak: Jangan biadab hal agama

Wartawan Sinar Harian
24 Oktober 2012

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara. Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.

Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu,” katanya.

Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.(Sinar Harian)

Yong tanda kenyataannya yang membidas pemimpin dengan warna merah dan bergaris (bagi yang colour blind). Sudah tentu yang dimaksudkan Tok Mufti ialah pemimpin UMNO kerana merekalah yang menguasai Parlimen sekarang! Sikap pemimpin UMNO yang bisu terhadap kenyataan Soi Lek itu amat jelas menunjukkan kelemahan dan ketakutan mereka dalam mempertahankan Islam! Mereka juga yang bersifat perkauman melalui parti besar UMNO, MCA dan MIC serta beberapa parti lain di Sabah dan Sarawak.

Kita masih ingat kenyataan Tok Mufti tentang kehadiran pemimpin dalam perayaan Thaipusan dahulu, seperti dipetik oleh Malaysian Insider, pada 10 Februari 2012. Tok Mufti kemudiannya telah U-Turn selepas bekas Pengerusi Majlis Fatwa bersuara.

NAJIB 3 KALI HADIR THAIPUSAM

Majlis Fatwa diminta respons 'fatwa' Harussani
Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2012

SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya .berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah “menggadai akidah” apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri (Sinar Harian).

HARAP KALI INI TIDAK U-TURN LAGI

Rencana 'Najib Gadai Akidah' ada di Malaysia Insider. Ulasan dan komen ada dalam Blog Greenboc. 

Ada sesiapa dengor Nasharuddin Mat Isa cakap apa-apa bab Soi Lek ni? Hassan Akidah seperti biasa merapu jer. Udah bankrap idea.

JOM! TERUSKAN TOLAK BN DAN YANG SEJENAMA DENGANNYA!

6 comments:

  1. Salam,
    Satu usaha yang baik bagi mereka yang buta warna.Pun begitu pencacai UMNO ni lebih kepada 'buta mata hati' dan 'buta perut'.Apatah lagi 'lembu' UMNO ni 'allergic' dengan warna merah!teruk la nanti tok peti ni kena TIBAI dengan cai-cai UMNO! Walau camanapun rasanya komen dan bidasan Tok Peti tu macam suam-suam kuku dan lepaskan batuk ditangga jek! Gi la mengadap Ketua Agama Negeri yakni Tuanku Sultan dan nasihatkan Tuanku ambil tindakan ke atas pelakon Porno MCA yang secara wenang kutuk Agama Islam dengan restu PIEM pondan 1Malaysia. Satu lagi, janganlah harapkan asan akidah dan Nasha UG(Ustad Gaban) utk kutuk Pornoist MCA ni...mempedaah je!Jangan harap pada mereka yang berperangai munafik untuk bela Islam! Hancuss Islam nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Sedih bila agama kita diperlekeh si kafir harbi. Dah tu pulak pemmpin negara yang ada kuasa bisu pulak. Sama bisu macam ulama demer dan ulama yang bersekongkol dengan demer.

      Delete
  2. umat islam sepatutnya sedar akan kelemah pemimpin umno dalam isu ugama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otaistillkick

      Kalau tahu pemimpin kurang ilnu agama, ulama umno kan ada. Demer udah bisu ke?

      Delete
  3. CSL msh igt taktik thn 99 nya itu boleh pakai sekarang, dia silap, org2 cina juga turut mengutuk kenyataan2 biadapnya itu

    KLIK PA geng sendiri dah muak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merahandbiru

      Pelakon porno ini berharap DAP akan sokong dia! UMNO pula berharap PAS akan sokong UMNO. Teruskan mimpi komer!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.