Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 30 October 2012

UMNO INGAT SELANGOR BINA REBAN AYAM KE?



Alkisah, sampailah waktunya sang ayam mengakhiri zaman daranya dan membina keluarga sendiri. Malangnya reban dan sarang ayam dah penuh. Hanya ayam yang berpangkat tinggi sahaja yang boleh tinggal di reban dan mendapat sarang yang kemas dan selamat. Ayam berpangkat rendah terpaksa menumpang di mana-mana. Mujur ada plastik di atas tempat letak kasut buruk ni. Dapatlah sang ayam bertelur dan mengeram.

Aduhai...! Malangnya nasib kerana bernaung dalam negeri di bawah pemerintahan BN!

Jeles betui aku dengan orang Selangor! Kerajaan Selangor dah siap bina 6,000 rumah kos rendah sejak 2008.

Baca detail tentang rumah kos rendah di Keadilandaily. Jangan jadi macam Blogger UMNO. Minta bukti pembinaan rumah kos rendah di Selangor. Dia ingat rumah kos rendah ini macam reban ayam bergerak (mobile chicken coop), boleh diangkut sana sini semata-mata nak tunjuk bukti?

REBAN AYAM BERGERAK LEBIH CANTIK DARI RUMAH RAKYAT DI NEGERI BN

NAH! INI RUMAH RAKYAT (NELAYAN)  DI MERSING, TERLETAK DI NEGERI BN YANG MEWAH (SUMBER ABIM) 

Komer nilaikan sendiri. Negeri mana yang lebih prihatin? Dengki khianat itu perangai syaitan, weh!

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Kajang Pak Malau Kajang Berlipat...
    Kajang Saya Mengkuang Layu...
    Dagang Pak Malau Dagang Bertempat...
    Dagang Saya Menumpang Lalu...

    Hahaha.... ini kawasan Mertua gua... di Mersing.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong raser yang rumah lebih teruk dari reban ayam tu bukannya dagang, tapi anak tempatan! Miker yang berdagang di Mersing pun mungkin bernasib lebih baik. Heheheh.

      Delete
  2. Yang bersuara mintak bukti tu memang spesis bangang, bodoh dan bahalol tahap gaban Yong... Tak berakal nak pegi tengok sendiri ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Blogger sejenama dengan Taipingmali. Kesian! Najib dah tak peduli Perak.

      Delete
  3. Ini lah dia Kera di hutan di beri susu, anak di rumah mati kelaparan, ingat di Langkawi? Siapa menduduki Langkawi kalau bukan PATI Burma untuk bagi BN menang? BN di terajui Tun Mahathir lah punca di bagi IC kepada mereka yang tidak layak menjadi warga negara Malaysia. Lagi mereka ini di beri tempat tinggal, di siapkan rumah dan pelbagai keselesaan dengan syarat undi BN. lagi di PEKAN, PAHANG dan di SUNGAI BULUH, Semua nya ada perkampungan warga PATI mendapat keistimewaan. SABAH juga begitu di bagi IC untuk mengundi BN semata mata...siapa pengkhianat negara kalau bukan UMNO lah syaitan yang di kenali yang sangat sangat membahayakan keselamatan negara..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Sebab itu dalam PR kena segera berhenti mendengor hasutan syaitan yang dikenali! Kena buang perasaan tamak kuasa tu. Janji mesti ditepati. Jangan janji roti capati.

      Bab pendatag asing ni Yong pun geram. Kat bazar di hipermart selalu kita nampak penjual tudung dan baju itu pendatang. Kalau PR memerintah, jangan benarkan mereka bekerja di negara ini sebagai penjual pakaian atau buka gerai. Biar demer kerja di ladang atau kerja binaan jer.

      Yang pompuan pulak selalu gatai mengorat laki orang. Jahat betoi.

      Patutnya kita guna polisi seperti Jepun yang sangat ketat peraturan imigresennya.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.