Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 19 November 2012

PEMIMPIN "BAIK" VERSI GEROMBOLAN, TAK PERCAYA TANYA HASSAN ALI (UPDATE)

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata Malaysia diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain. Ini dari Berita Harian pada 26 Jun 2012. Tetiba baru-baru ini polis kata dah melompat ke nombor 8. Katanya ini data dari World Happiness Report???

Berita dari My Metro pada 26 Oktober 2012  pula, berbunyi begini:

NEW YORK: Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini. 

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.

Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing. 

Berita ada di sini

Hassan Ali dulu selalu buat kursus motivasi untuk kebahagian hidup, bernilai beribu-ribu ringgit setiap satu. Takkan tak baik??

Gasak demer nak kata apa. Hakikatnya begini:

Dalam tahun 1964 - 1966 Dr. Burhanuddin ditahan di bawah ISA tanpa bicara. Beliau dibebaskan pada 1966, tetapi dikenakan tahanan terhad. Pastinya kehidupan di tahanan amat menyiksa. Pada tahun 1969, Malaysia kehilangan seorang pejuang yang menderita akibat penerimaan layanan "baik" dari gerombolan.

SEPATUTNYA DR BURHANUDDIN MENJADI PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG PERTAMA

Pada 19 November 1985, genap 27 tahun pada hari ini, polis, atas perintah pemimpin "baik" gerombolan menggempur sekumpulan orang kampung di Memali dan membunuh 14 rakyat marhein, termasuk Ibrahim Libya.


GEROMBOLAN MELAYAN SEORANG USTAZ DAN PENGIKUTNYA SEPERTI PENGGANAS
Baca pengakuan OCPD Taiping di sini

Pada 29 September 1998, ketika DSAI muncul di mahkamah dari tahanan polis dengan mata lebam, gerombolan kata dia mencederakan dirinya sendiri. Akhirnya dibuktikan mata lebam tersebut adalah akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.


 
 KALAU BEKAS BOS NOMBOR DUA DILAYAN BEGITU "BAIK" TAK DAPAT DIBAYANGKAN JIKA ORANG BIASA, BAGAIMANA LAYANANNYA? 

Pada 9 Julai 2011, rakyat turun ke jalanraya kerana menuntut pilihanraya yang bersih. Gerombolan yang pemimpinnya mengaku mengamalkan "maqasid syariah" membalas dengan semburan gas pemedih mata, termasuk ke atas sebuah hospital. Menteri luv-u-luv-u-luv-u 15 sepatutnya memberitahu rakyat bahawa beliau akan menyiasat kejadian berkenaan. Sebaliknya beliau menafikannya walaupun bukti bertaburan di Internet. Akhirnya menteri bangang didapati berbohong tentang layanan "baik"nya terhadap hospital berkenaan!

BEGINILAH LAYANAN BAIK PEMIMPIN TERHADAP PESAKIT DAN PETUGAS HOSPITAL 

Ketua "maqasid syariah" gerombolan kata "no physical contact" antara pendemo dan polis (video di sini). Tetapi apa yang kita saksikan pada Bersih 3.0 adalah tragedi ulangan Bersih 2.0.

SEORANG PESERTA DITERAJANG BEGITU RAMAI POLIS TANPA "PHYSICAL CONTACT"

"Haramjadah" Kata ketua "maqasid syariah" gerombolan terhadap peneroka yang menentang penyenaraian FGV. Tapi apakah kesudahannya episod durian runtuh Felda ini? Sejak di senaraikan, saham FGV terus runtuh dengan pokoknya sekali!


DURIAN TAK HENTI BUANG BUSUK, MANA BUAH YANG ELOK?

Kalau semua contoh di atas demer kata pemimpin baik, agaknya macam mana baru demer kata pemimpin jahat?

Ada beratus-ratus contoh lagi. Yong hanya dapat paparkan sekelumit sahaja.

Berdoalah kita agar Allah melepaskan kita dari gengaman pemimpin begini. AMIN!

8 comments:

  1. DeeDee Yong...

    "Baik Ada Makna" .... hahahaha... selagi pemimpin baik camnie ader kat Malaysia... selagi itulah Malaysia nih... gemilang.. terbilang dan cemerlang... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Gemilang, terbilang dan cemerlang atau ma-lang?

      Delete
  2. Salam khusus untuk adik Kismis Merah,

    Alahai...Yong takle kaya. Kot kaya takdenyer Yong duduk kat Malaysia ni. Mungkin Yong duduk di Paris ker...atau Vienna ke...Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong, orang dah sebut tu ameen kan aje..bertuah badan...memang sungguh...ameen.

      Delete
    2. Salam Maria,

      Ameen! Ya-rabbal-alamin!

      Delete
  3. Salam !

    Susah. Memang payah nak melepaskan diri daripada 'Dajal mata 1' ni. Sebelaha tangan dia tawarkan macam-2 'bahagia, nikmat, keuntungan, dunia & seisinya'. Sebelah lagi dia ugut ancam kita dengan tak terperinya. You take or leave it!?

    Kiri kanan depan belakang kita orang biasa ni pasti 'kena'. Moga Allah selamatkan negara kita yang 'aman damai drp perang, antara terselamat di dunia tapi byk jenayah sana sini' ni.

    ;) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kalau setiap hari kita doa, tentu Allah akan kabulkan! InsyaAlah! Ameen!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.