Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 24 May 2017

ANIAYA USTAZ AHMAD AWANG, ISLAMKAH PERBUATAN ITU?

Tadi Yong buka Facebook Ustaz Ahmad Awang. Yong rasa macam nak jatuh air mata. Yong amat sedih dengan perbuatan umat Islam di Malaysia yang memegang institusi agama...

Baca sendiri kenyataan Ustaz Ahmad Awang.

8 hrs · 

Sehingga hari ini sudah 13 buah masjid yang telah memberhentikan saya daripada memberikan kuliah. Ada masjid yang sudah 30 tahun saya sampaikan kuliah. Masjid ini bermula daripada sebuah surau dan kita bangunkan bersama sehingga dinaiktaraf menjadi sebuah masjid. Ada juga masjid yang telah 10 tahun memanggil saya memberi kuliah turut memberhentikan tanpa sebarang notis.

Saya merasakan ini adalah disebabkan penyertaan saya bersama dengan Parti Amanah. Wujudnya sesetengah golongan yang merasakan apabila seseorang itu bertukar wadah siyasah seolah-olah menukarkan akidah. Tidak mengapa jika kuliah saya diberhentikan secara serta-merta, namun jika disebabkan kerana Parti yang saya sertai sekarang ia seharusnya menjadi muhasabah semula adakah itu tindakan yang tepat.

Walau apa yang telah berlaku, segala kerja agama ini harus diteruskan sehinggalah saat Allah mengambil nyawa. Supaya di akhirat kelak apabila ditanya apa kerja agama yang telah dibuat. Kita mempunyai jawapan yang kukuh untuk dijawab dihadapan Allah.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩)

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" (Al-imran: 139)

Kenyataan Ustaz Ahmad Awang telah mendapat lebih dari 1,000 likes dan dikongsi 159 kali. 

Daripada komen-komen yang Yong baca, rata-rata simpati kepada Ustaz Ahmad Awang. Cuma ada 2-3 orang yang mengeluarkan kata-kata yang memfitnah.

Yong bagi 4 komen.



Yong beberapa kali mendengar ceramah ustaz ini. Walaupun sudah warga emas, suaranya masih jelas seperti orang yang jauh lebih muda dari usianya.

Tidak pernah Yong dengar Ustaz Ahmad Awang mengeluarkan kata-kata maki hamun kepada sesiapapun.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati ustaz. Bertabahlah.

Yong menyeru sesiapa yang membaca posting Yong kali ini, harap sama-sama kita pulihkan institusi agama. Jangan sampai dikuasai oleh puak tertentu sehingga kita lupa apa tujuan kita berdakwah.

12 comments:

  1. Laaa...biar betul...kata pan mendpt sambutan luar biasa dari org melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya betul sambutan luar biasa. Patutlah PAS rasa takut yang amat sangat. Sikit lagi terkencing2 dalam seluarlah tu.

      Orang dah takut ni, pokok pisang dikatanya hantu!!!

      PAS dah jadi pondan ke takut sangat ni???

      Delete
    2. Kamu ni nama jer powertrain.

      Tapi, tak tau power apa sebenarnya. N3 yang straight forward pun kamu tak faham.

      Kalau tak baca N3 ni tak payah le komen. Buat penat dan dosa jer.

      Delete
  2. Assalamualaikum Yong

    Seperti yang Yong nyatakan bahawa Ustaz Ahmad Awang tidak pernah mengeluarkan kata-kata maki hamun, maka itulah sebabnya dia dipinggirkan. Jika dia sentiasa berwirid yang disertai dengan maki hamun anjing dan bewok umpamanya, mungkin masih boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam ahmad,

      Yong dah tak tau nak kata apa.

      Dulu dia ulama. Diorang respect sampai lantik jadi PJ Negeri. Bila keluar PAS, bagi ceramah kat surau pun tak layak.

      Delete
  3. Dulu geng kaler biru suka menunjukkan kuasa mereka dengan sengaja menekan institusi agama untuk ikut telunjuk mereka.
    Sekarang ini geng hijau suka menghukum orang itu ini, orang ini itu.
    Masalahnya sama saja. Tak faham fitrah lslam dan suka mentafsir nas-nas mengikut selera mereka. Atau dengan lain perkataan, masih lagi terperangkap dengan kebodohan sendiri dan suka ikut nafsu

    ReplyDelete
  4. Ustaz Hamid Derani ada menyebut orang pas banyak guna kenderaan plate PAS. Tuang punya kereta bestnya ada plate "PAS 12 ", disimpan di Rusila. Nombor 12 digemari orang syi'ah kerana ia melanbangkan menganungkan imam 12. dan CIRI CIRI MAKI HAMUN ADALAH JUGA PETANDA derajat syi'ah, lagi kuat bohong dan menipu maka lagi bagus keimanan syi'ahnya.Syi'ah bukan dikira sebagai mazhab dalam Islam kerana rupanya sebernarnya dah terpampang maka fatwanya kini syi'ah adalah ugama yang setarah ugama penyembah berhala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab syiah ni Yong tak berani nak cakap apa. Yong bukan mengaji bidang itu.

      Tapi puak ni, bila ustaz Ahmad Awang pergi seminar, dalam seminar tu ada orang syiah, terus dia jadi syiah. Tapi bila Hadi pergi, bukan main sanjung.

      Delete
  5. Kaler Hijau pun nak ikut kaler biru main no. Plate special2! Mashuk lebat la ni kan!

    ReplyDelete
  6. 1. Tak kiralah siapa yg menegur orang bawah pas kalau dah tak betul, tapi kalau pesta onani tu tidak dia lakukan, itu memang sah fitnah. Orang islam kerja nya fitnah ke?

    2. Mohd Hafiz Noordin tak perlu tunjuk sepanduk kat masjid di halayak ramai. Tak terkesang pung. Kalau betul tak suka Salleh Mang duduk di situ, bawak sepanduk depang presideng. Minta presideng pecat Salleh Mang.

    3. Keluar tajuk je Yong?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.