Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 31 December 2012

JAKIM TAK DAPAT KAWAL BENDA YANG PATUT DI KAWAL. SEKARANG NAK KAWAL TUAN GURU HAJI HADI AWANG.

MEE YANG MENYAMAR HALAL

Mee yang menyamar halal memang wujud dan berleluasa di pasar raya dan pasar basah. Ia serupa AES yang dipacak haram di negeri Selangor. Entah apa Jakim buat. Produk di atas Yong sudah uji di sini. Yong dedahkan dan hantar email ke Jakim, minta di siasat. Yong tak dapat jawapan sehingga kini. Mee masih dijual. 

Maknanya rakyat Malaysia yang beragama Islam masih makan mee yang penuh dengan boric acid ini. Komer semak sendiri di sini.

Apa pulak kaitan dengan berita ini?

Presiden PAS kena tindakan jika enggan tarik amanat kafirkan UMNO

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pelbagai tindakan diambil sebelum ini tidak berjaya mengekang amanat itu daripada diamalkan pengikut parti berkenaan khususnya yang fanatik walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkannya.

Katanya, andai Hadi ingkar dan mahu terus mempertahankan amanat itu, tindakan lain boleh diambil termasuk mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


MELAYU PEJUANG ISLAM?

Tak mengapa kalau rakyat Islam Malaysia makan makanan haram pun!

Atau bersentuhan dengan bukan muhrim dalam kelab malam yang menjual minuman haram!

"Benda ini (orang Islam buka kelab malam atau minum arak) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik” kata seorang pegawai penguatkuasa yang enggan dinamakan kerana takut kena buang kerja.

INI CARI MAKAN, BUKAN FANATIK

Dulu, kini dan selamanya kalau pakai topeng ameno, halal atau haram tak akan nampak.

JOM UBAH!

TOLAK AMENO, TOLAK BN!

7 comments:

  1. Patut benda makanan diutamakan , siasat sedalam dalamnya , letak pegawai tak kira berapa ramai pun ditempat proses makanan , kilang atau mana retoran, supermarket, hypermarket. Kenakan syarat tutup srta merta bila ada sumber tak halal. Ini lagi cun dari kisah lama yang orang tak mahu dengak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chop

      Bab makanan halal ni memang amat teruk. Makanan tak halal dijual dimerata-rata. Pergi saja ke supermarket. Banyak makanan sejukbeku yang ada logo halal yang haram. Yaitu logo halal yang tidak sah!

      Delete
  2. Salam kak yong.

    Bab halal haram ni Allah saja leh hukumkan, kot? Semacam depa ingat kita pandai-2 cop depa/ menghukum Umno tu derhaka, lawan Allah, tolak hudud, tak laksana Islam yg syumul, tak cegah mksiat berleluasa dlm negara? Kalau semua urusan Allah sapa pun tak payah nasihat, tegur, ceramah agama la, kan? Semua buat hal masing-2, macam tu?

    Depa keliru..atau, saja mengelirukan orang lain! Depa sendiri sesat lagi mau sesatkan orang? Nauzubillah ! Sebijik macam setan !

    :) Jakim ni pandai buat lawak. Sibuk hal politik pulak! Nasihat saja la pemimpin Umno kalau depa tu serius!

    Sepatutnya JAKIM tu kena muhasabah diri sendiri sebab bab jaga makan minum orang kita pun, still fail .. big time. Patutnya tiada 1 benda pun ada cop "halal" JAKIM kalau tak selesai disiasat/ dikaji kandungannya. Sapa pengusaha cop "halal" kita kasi 'tembak' saja.. bukan denda RM1000, 2 atau RM50k sekalipun... yg depa leh bayar.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz,

      Kalau di negara China, bab niaga makanan yang tak ikut piawaian ini hukumannya amat berat! Di Malaysia, entahlah. Macam takde hal.

      Jakim asyik kata tak cukup manpower. Percayake? Bukankah Jakim dapat kolaborasi dari jabatan kimia, majlis bandaran, jabatan vetenari, pertanian dll?

      Masalahnye KP dan pengurusan tertinggi lebih selesa bergaul dengan pemimpin politik dari buat kerja hakiki.

      Delete

  3. Artis malaysia tampil penuh seksi?Lihat sini Anugerah juara lagu 2012 yang tentunya mengairahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mad

      Yong takde nak tengok. No thank you.

      Delete
  4. DeeDee Yong...

    Errr.... JAKIM tue amender aaa.... kilang sijil halal ker?? hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.