Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 14 December 2012

KITA MAHU NIZAR JAMALUDDIN!: CINA LANGKAP

Semakin teruk si pelakon porno menghina Islam dan hukum hudud, semakin tegar komitmen orang Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)!

Cina Langkap rajin datang mesyuarat, berbincang dan menghulurkan sumbangan tenaga dalam apa-apa aktiviti PR, khususnya PAS di Langkap. 

PAS adil untuk semua orang. Kata Cina Langkap.

Siapa pulak Cina Langkap ni?

Langkap sebuah pekan kecil yang dihuni oleh majoriti kaum Cina. Langkap terletak dalam DUN Sungai Manik.

Jika komer ikut jalan ka Ipoh dari Kuala Lumpur, masuk ke Teluk Intan, belok ke Chui Chak, komer akan jumpa Langkap, sebelum jumpa Air Kuning, Mambang di Awan eta...

Sebut Langkap, orang akan teringat Perang Parang Panjang Sungai Manik! Apapun Yong tidak akan pergi kepada sejarah permusuhan Melayu dan Cina Langkap, kerana episod itu telah berlalu dan wajib dilupakan. Oleh itu tidak hairan jika dulu Cina Langkap dan Chui Chak amat prejudis dengan orang Islam.

Begitu benci kaum itu pada Melayu, DULU!

Ini kerana orang Melayu kata Cina tu kominis.

Cina pulak kata memeluk agama Islam, maknanya masuk Melayu!

Sekarang demer tahu Islam bukan bermakna Melayu! Islam untuk semua kaum.

Demer tahu itu semua dakyah BN (ameno + MCA)

Ini dibuktikan apabila Cina Langkap tidak lagi risau ketika petugas PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS dan Islam. Malahan demer berkata, kalau Nizar bertanding di Sungai Manik, Cina Langkap akan mengundinya.

Sebab Cina Langkap mahu Nizar jadi MB Perak.

Kata ketua demer: Tuhan Allah suruh orang buat baik. Jangan tipu. Jangan rasuah. Jangan pukul orang. PAS adil kepada semua kaum kerana ia parti percaya kepada Allah.

Prejudis Cina Langkap kepada Islam dan Melayu telah dikikis dan dilempar jauh-jauh!

Moh kita berkenalan dengan Cina Langkap:

INI BILIK OPERASI DHPP DI LANGKAP
KETUA DHPP PERAK, BEH HENG KEN, SANGGUP TURUN KE LANGKAP. BERBAJU KUNING MEMBELAKANGKAN KAMERA ISTERI BELIAU. GAMBAR DIAMBIL DALAM SATU PROGRAM ANJURAN DHPP DI LANGKAP. PAKAI KETAYAP USTAZ ABU BAKAR, PESURUHJAYA PAS PERAK.

INI KETUA DHPP PASIR SALAK, ORANG LANGKAP. DEMER PANGGIL DIA RICHARD. NAMA GLAMOUR!

AKTIVIS PAS (BAJU HIJAU) SEDANG MEMBERI PENERANGAN
MAMAT CINA TAK PAKAI BAJU NI PUN MENGAMBIL PELUANG BERCELOTH. TAK TAHU APA DIA KATA TAPI SUMER DAH GELAK. YANG BAJU KUNIN TU MUSTAFA KAMIL AYUB. YANG BERJANGGUT TU DR MUHAIMIN SULAM.

INGAT DULU DEMER NAK KE PAKAI BAJU HIJAU CAMNI?
MUSLIMAT PAS SUNGAI MANIK DAN NYONYA LANGKAP
GAMBOR CANDID BERAMAI-RAMAI DENGAN YDP PASIR SALAK, DR MUHAIMIN SULAM
MAAF. YONG BELUM DAPAT GAMBOR DS NIZAR DI LANGKAP. INI GAMBOR DS NIZAR SELEPAS MESYUARAT DI SUNGAI MANIK. MANGKOK PLASTIK MERAH TU ISI AYOR BASUH TANGAN. SEMPOI JER 
Gambar-gambar dari album Bad, Ketua Lajnah Ekonomi Muslimat Pasir Salak.


KEDUDUKAN LANGKAP DALAM PETA PERAK

Hanya Soi Lek dan koncu-koncunya termasuk ameno yang masih ingin menggunakan kaedah melaga-lagakan bangsa dan agama di negara ini demi meneruskan kuasa zalim demer. 

Ameno yang mengaku beragama Islam menolak hudud. Tidakkah demer malu dengan Cina Langkap yang bukan Islam ini menyokong PAS kerana percaya parti tersebut adil kepada semua kaum?

JOM UBAH. TINGGALKAN BN SELAMANYA!

4 comments:

  1. Semoga jalinan muhibbah antara kaum terus dapat disuburkan dgn adanya program2 spt ini. Syabas utk PAS Sg Manik..

    ReplyDelete
  2. teman selalu pegi langkap ni..meli benih sawit..memang deme semua sokong pakatan rakyat...Ustaz Abu Bakar Husin tu adalah ustaz teman semasa belajar di sek raja chulan..berkat asuhan dan bimbingan beliau lah ,teman dapat mengenai mana yang baik..mana yang buruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TBO

      Alhamdulillah. Malangnya Yong lamer bebenor tingge kampung. Udah tak kenal orang. Kalau dijumlahkan Yong kat luar Tanah Melayu ni ader 20 tahun!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.