Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 3 December 2012

"MASA DEPAN SUNGGUH KELAM" DIBUANG DARI LIRIK LAGU WARISAN - DIUBAH SEBAB MABUK KERAJAANG PERPADUANG?

Yong takde hal dengan lagu Warisan. Tapi bagi ameno lagu itu amat mengerikan. Tak cayer komer tengok sendiri lirik lagu ini. 

Huhuhu! Ya..lirik lagu sudah diubah!

WARISAN (LIRIK LAMA)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara


Lirik lagu (warna merah) diubah kerana menghormati pandangan Soi Lek? 

Oh tidak! Ia takde kena mengena dengan kaum lain di Malaysia. 

Lirik diubah kerana ameno amat takut jika apa yang disebut lirik itu benar-benar berlaku. Masa depan yang kelam. Itulah yang demer takuti. Bila dah kelam, demer Kan lenyap peristiwa semalam, Maksudnya, tiada lagi kemewahan yang dikecapi hasil rasuah dan salahgunakuasa! Jadi demer perlu bekerja kuat kerana hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa

Kini ameno tiada lagi kuasa itu, ataupun masa untuk pulih lagi harga diri. Ini demer tahu kerana korupsi sudah sampai ketulang, otak dan hati! 

Jadi demer ubah lirik lagu! Demer ajak kita untuk sama-sama bermimpiHapuskan sengketa. Ajak PAS buat kerajaang Perpaduang! Kononnya untuk menghalang hasil mengalir ke tangan yang lain. Poraaah!

WARISAN (LIRIK BARU)

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa di antara kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi

Majulah raih sebuah mimpi

Hapuskan sengketa


Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di pentas dunia


Kilang Lynas dibina di bumi Malaysia. Tapi ia bukan milik kita! Yang akan ditinggalkan untuk kita hanyalah sisa racun.

Usaha Kerajaang Perpaduang pula dah gagal. Sebab tu demer meraong kat PWTC bila dengor lagu baru nih. Kihkihkih!

AYOR MATA KETAKUTAN!

MASA DEPAN AMENO SUNGGUH KELAM!

NANGIS? WUUAHHHH!

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha.... Kesian demer... Nak buat camana... "Melayukan Gagah di Kota London" ... Hidup Tuang Ku ...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM C++

      Saper yang gagah di kota London tu? Dalam maksudnya...kihkihkih!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.