Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 15 December 2012

TAHU DAH KENAPA HARIMAU MALAYA KALAH

Harimau adalah haiwan paling ganas di dalam hutan. Tapi sedihnya Harimau Malaya kalah. Bagaimana ia boleh kalah?

Ia kalah bukan kerana kuatnya gajah perang. Ia kalah kerana ketakutan!

Ketakutan menyebabkan pertahanan kucar kacir. Tapi siapakah yang menakutkan Harimau Malaya?

Agak ini puncanya?:

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya sebenarnya ialah spesis harimau kecil berbanding dengan harimau India. Walau bagaimanapun harimau terbesar ialah harimau Siberia atau Amur Tiger. Habitatnya di tempat sejuk Siberia. Beratnya boleh mencapai 384 kilogram. Berat harimau Malaya pula boleh mencapai 150 kg sahaja.

AMUR TIGER

Kalau bertemu adakah dua ekor harimau ini nak berkawan? Sudah tentu Harimau Malaya keluh kesah. Lebih-lebih lagi kalau Amur Tiger ini datang nak memeluk. Adui...boleh pengsan Harimau Malaya dek kecut perut!

HARIMAU BINTANG SALJI 

Tapi ada juga spesis yang kecik lagi. Snow leopard atau harimau bintang salji tinggal di atas pergunungan Asia. Saiznya lebih kecil dari Harimau Malaya dan Harimau Siberia. Ia boleh mencapai berat badan sehingga 55 kg. Nampak comel kan?

Kalau semua harimau itu dikacukkan, agaknya jadi apa?

JENG JENG JENG!

FESYEN BAJU FLOM KETIKA MELANCARKAN KAPAL TLDM

Mudah-mudahan kapal TLDM selamat sebab harimau bukan spesis hidupan laut. Harimau tidak tinggal di lautan.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong!

Siapa yang menghina Raja-Raja Melayu?

11 comments:

  1. Tapi, tapi, tapi, harimau boleh berenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Watercolour

      Iyalah tu. Sampai bila dia larat berenang? Kat laut ada jerung dan kiler whales tau! Singa laut pun ada.

      Delete
  2. Baju FLOM (Funny Lady Of Malaysia) tu nampak macam kacukan rimau siberia dan rimau bintang salji! Hitam kelabu gitu...itu yang rimau ni berani lancarkan kapal latihan TLM. Rimau malaya yang dok belakang,tepi FLOM tu semua jenis penakut,bodek,ampu! Rimau malaya ni siap peluk tubuh, gelak jeh. Tak heranlah kalau pasukan rimau malaya kalah sebab penakut! Temapat sendiripun suam suam kuku! Kalau main kat perancis rimau malaya pasti kecut sebab nampak roh rimau monggolia! Kahkahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Pada pendapat Yong le...Lebih baik FLOM toksah ambik tahu dan memandai2 bab sukan ni. Sebab bila dia sibuk, pasukan kita kaloh! Suei betui!

      Delete
  3. Yong mu punya artikel nii...guraaa sakan..aku sekeluarga pecoh perok tawa...mu bia betooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nisa1694

      Kihkihkih! Yong anggap komen miker ni satu komplemen. Kekadang kita kena menembak guna peluru lain dari yang lain!

      Delete
  4. Heh aku tengok muka FLOM sebijik mcm Imelda Marcos. Sbb tu prangai srupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awang Fauzi

      Kata orang tua-tua kalu kita rapat dengan seseorang, rupa kita akan jadi mirip orang tu.

      Delete
  5. Tengoklah gayanya Zahid hamidi tu mengampu...berlebih-lebih pulak. Kalau tak mengampu mengapa tak menjemput DYMM YDP Agung merasmikan upacara yang berkaitan dengan ketenteraan. Makin naik tocanglah FLOM

    ReplyDelete
  6. Yong,

    Kreatif betul..hahahaha..gambar 3 dan 4 tu hampir2 jer warnanya ( kulit / baju ??? )...tapi yg gambar 3 tu lagi cute.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.