KEKAWAN

KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR
JOM TENGOK WAYANG
Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episod perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham. Rumah ini tiada juadah dan hiburan sedap-sedap. Hanya ada emosi disangga pemikiran. Kalau tak suka, tak payah singgah.

Thursday, 10 January 2013

BERITA YANG LEBIH GEMBIRA DARI DURIAN RUNTUH DI BELAKANG RUMAH TIPAH

POKOK SAMBUNG NYAWA

Dahsyat khasiat daun pokok ni. Ia boleh jadi ubat untuk menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Yong syorkan Isa Samad tanam pokok ni (kalau belum).

Bekas pelajar SDAR tentu kenal Isa Samad. Dulu dia chegu kat situ.

Abang (bekas pelajar SDAR) pernah cerita. Satu hari demer buat perjumpaan alumni. Ramai yang datang. Maklumle, ada yang teringin nak jumpa kawan lama. Jumpa chegu. Ada yang datang dengan memakai baju batik. Ada yang memakai bush jacket. Ada pakai blazer. Ada juga pakai serban dan ketayap! Isa Samad masa tu MB Negri Sembilan.

Yang pakai bush jacket dan blazer asyik cakap bab projek, main golf, pasaran saham etc. Yang pakai serban dan ketayap cerita bab hukum hakam Islam, halal, haram etc.

Mereka tak bercampur.

Kata abang Isa Samad mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada kumpulan yang memakai serban dan ketayap. Ada yang memakai serban dan ketayap itu lebih tua dari Isa Samad.

Abang telah meninggalkan majlis perjumpaan itu awal dan tidak datang lagi.

Itulah manusia Isa Samad.

Kejadian dihina itu dah lama. Tapi yang kena hina tidak pernah lupa. Tidak pernah memaafkan.

Entah sudah berapa ramai yang Isa Samad hina. Dia hina bekas pelajar SDAR. Dia hina Ketua Peneroka Felda. Dengan cubaan menjadi ahli KPF ikut jalan belakang, dia hina peneroka-peneroka yang pernah jadi penyokong tegar ameno!

Berita gembira itu ada di sini.

Dulu Tipah ingat boleh dapat durian runtuh. Rupanya cuma bumbung bangunan projek kroni ameno dan bukit rumah JJ yang runtuh.

Kelmarin mahkamah pula runtuhkan hasrat Isa Samad nak kebas KPF.

4 comments:

  1. ex alam shah kg conggo. kaki lompat pagar jgk masa sekolah dulu

    ReplyDelete
  2. Salam azmie

    Benar kat Chedet. UMNO busuk sampai ke usus. It is quite obvious.

    ReplyDelete
  3. ambik le yong,
    sebar2kan merata ujung kampung.
    demo bukan sedor lagi tu.

    ReplyDelete
  4. DeeDee Yong...

    Kalu Yong nak tau... rasanyer... kalu PR menang dan membentuk Kerajaan Persekutuan nanti... ader YB dan bekas YB UMNO yang akan mampus kena sakit jantung.... hahahaha ... sebab cuak pasai kes yang diorang ader... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.