Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 12 January 2013

BN AKAN KALAH DI LUMUT



Yong langsung tak salahkan pegawai JPJ yang kerojer demer menahan lori. Memang selalu Yong nampak demer buat kerojer tu. Apa yang berlaku antara demer dan pemandu lori Yong tak tahu. Yong bersangka baik jer.

Tapi kenapa orang awam jadi begitu berang dengan JPJ apabila terjadi kemalangan di jalan Beruas-Air Tawar? Mesti ada yang tak kena. 

Siapa yang harus Yong percaya?

Versi A: Orang ramai yang kata kereta JPJ cuba memintas lori?
Versi B: Kereta JPJ berhenti di traffic light lalu dilanggar oleh lori? 

Yong biasa dengan jalan Beruas-Air Tawar. Yong pun biasa tengok lori bawa muatan sawit yang sarat.

Yong pun tahu Kong Cho Ha menang tipis di Lumut.

Terdapat cerita semasa pengiraan undi Kong Cho Ha lwn Ustaz Suwardi, PRU12, lampu faham!

Tak heran orang Beruas dan Lumut meluat pada JPJ.

Kemarahan kepada JPJ adalah manifestasi marah pada Kong Cho Ha yang mewakili segala kebobrokan sistem kementeriannya aka AES.

Kong Cho Ha + JPJ + AES = BN.

Pemimpin BN akan kuar TV dan kata "Jangan politikkan isu kemalangan di Beruas-Air Tawar"
Benang basah akan cuba ditegakkan.
Kambing hitam akan dicari!

Tapi rakyat tahu, semuanya adalah kerana jentera BN memang haprak dan perlu di-overhaul. Ia lebih buruk dari lori pengangkut kelapa sawit.

BN dah kalah di Beruas.
BN akan kalah di Lumut!

3 comments:

  1. teman tak dapat info lagi yong..kalau ada info..teman kasi tau..sekarang nie tengah sebok mengirakan banner banner PR yang diconteng di pekan bote..

    ReplyDelete
  2. "smentara tunggu lampu ijau kreta jpj tiba2 dilanggar lori sawit. anggota jpj keluar dan lari kerna takut dicedrakan." - pulis manjung
    masuk akal ka org yg kena langgar yg lari? yg pelik lg, lori tu ranap kat dpn tp kreta jpj tak calar pun, yg teruk jeep suzuki dgn waja kat seblah lori tu.

    ReplyDelete
  3. aku rasa yg buat statement tu pulis lembu kot.bingainya teramat2 hasil mknan dr umngok lahanat.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.